“Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu,” komennya ringkas menjawab spekulasi berkenaan. Sementara itu, Asyraf yang ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah Skrin 2015 di PWTC baru-baru ini menjelaskan bahawa dia langsung tidak ingat akan kenyataannya tentang kehamilan Siti Nurhaliza.
“Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya,” jelas Aysraf mengenai dakwaan bahawa khabar tersebut dikeluarkan oleh dirinya sebelum ini,Ini bukan kali pertama khabar mengenai kehamilan penyanyi ini tersebar. Apa-apa pun, Dato’ Siti Nurhaliza memohon agar semua peminatnya sama-sama mendoakan perkara tersebut. Semoga Siti akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.
Sumber: (rtky/s)
0 comments:
Post a Comment