Showing posts with label Gosip. Panas.. Show all posts
Showing posts with label Gosip. Panas.. Show all posts

Friday, 20 November 2015

Memalukan!! Punca Sebenar Drama Hello Mr. Perfect Di HINA Teruk Oleh Penonton. Mari Baca...

Sekiranya anda tidak tahu, slot Akasia TV3 (jam 7 malam sehingga 8 malam) sekarang ini sedang menayangkan drama Hello Mr Perfect. Antara pelakon-pelakon drama ini ialah Fattah Amin, Nur Ruhainies, Rafiq Razali, Ezzaty Abdullah, Azlan Mokhtar, Mimi Ernida, Nafiez Zaidi, Keena Mentor, Afzan A.Rahman, Kay Maria, Eizlan Yusof dan Fiza Halim. Kalau tak silap Abang Nara, drama ini telah diadaptasi daripada novel. Jadi sudah tentu para pembaca novel ini teruja untuk menonton drama ini.
Abang Nara ada juga menonton satu dua episod drama Hello Mr Perfect ini. Fuh!!! Memang mencabar minda, jiwa dan akal. Paling tak boleh tahan ialah tahap lakonan para pelakonnya terutama si heroin. Agak rendah mutu lakonan yang ditampilkan. Apa pun, Abang Nara ingin berkongsi satu luahan daripada seorang pembaca BeautifulNara tentang drama ini. Jom baca!!!

As salam Nara,
Sy nak meluahkan rasa tak puas hati dgn cerita terbaru keluaran A Aida Production yg sy rasakan amat tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan juga pilihan pelakonnya.
Sejak episod pertama lagi sy merasakan ada tidak kena dgn drama ini. Seperti biasa slot akasia pilihan cerita adalah adaptasi daripada novel. Jln cerita sudah biasa seperti kebanyakan novel2 sblum ini. Tapi cerita kali ini paling teruk. Sy pasti ramai penonton diluar sana bersetuju dgn pendapat saya. Lihat saja komen2 negative di media social ttg cerita ini. 

Mmg sbg penonton sy berhak utk menukar channel yg sy inginkan, tp slot akasia mmg mnjadi pilihan sy setiap kali pulang dari kerja. Dengan harapan dapat menenangkan fikiran slps bebanan kerja n kesesakan lalu lintas, tapi bila tiap kali menonton cerita itu membuatkab sy rasa tension pula.
Secara jujurnya sy menilai drama keluaran A Aida Production kebayakannya tidak berkualiti dari segi jalan cerita dan pilihan pelakon. Sbg contoh cerita menantu 10 ribu n halimah jongang. Utk hello mr perfect, lakonan pelakon2 amat hambar. Sbg contoh, watak utama wanita cerita tersebut yg mainkan watak Ain n Alya. Pelakon tersebut bg pendapat sy belum layak diangkat memegang watak penting dlm sesebuah drama yg mana dia perlu byk belajar ttg menjiwAi sesuatu watak. Sy tertanya2 apa logiknya seorang pelakon memainkan 2 watak berbeza tp hakikatnya dlm cerita tersebut mereka tiada kaitan lgsung. 

Watak ibu, yg mempunyai anak2 berumur 20 an lakonan Fiza Elite. Adakah logik Fiza memegang watak seorang ibu??? Lain2 pelakon seperti watak2 adik2 Izzu yg sy rasakan agak annoying.
Saya berpendapat tv3 perlu lebih peka n selektif dlm memilih drama utk slot akasia pada masa akan dtg. Slot akasia adalah antara yg berating tinggi, tp jgn smpai rating jatuh oleh kerana cerita2 begini yg sering ditayangkan.
Sekian. 
Malah dari pemerhatian Abang Nara di laman sosial, rata-rata yang menonton drama ini berharap agar ia tamat secepat mungkin. Ramai yang kecewa dengan jalan cerita serta mutu lakonan para pelakon Hello Mr Perfect. Pada pandangan Abang Nara, untuk slot Akasia yang sering menjadi pilihan ramai, sekurang-kurangnya ambillah pelakon yang benar-benar boleh berlakon. Janganlah main hentam sahaja. Semoga akan ada perubahan di masa hadapan. Sementara itu diharap anda semua bersabar sehingga drama ini tamat. Hehehe.

Read more…

WOW!! Datin Alyah Selamber Berani Kongsi Kenikmatan Berkahwin Dengan Ramli MS

Jika sebelum ini rumah tangga Alyah dilihat bermula tidak begitu baik, perkara itu berubah kini dan penyanyi itu mengakui bahawa semakin bahagia bersama suami tercinta iaitu Dato’ Ramli MS.

“Setiap perkahwinan ada cerita tersendiri. Ada perkahwinan yang bermula hambar tetapi akhirnya bahagia, dan ada juga yang bermula dengan bahagia tetapi pengakhirannya tidak bagus. Seperti saya sendiri, perkahwinan saya bermula tidak begitu baik. Berlaku krisis”
“Tetapi lama-kelamaan, suasana perkahwinan saya semakin baik. Saya sudah mula merasai kebahagiaan dan nikmat berumah tangga,” jelas Alyah kepada Tonton Online selain menyifatkan apa yang dilaluinya sebelum ini sebagai salah satu proses pembelajaran dalam kehidupan berumah tangga.

Sementara itu, memetik laporan portal Mangga Online, Alyah menyatakan dia mahu berehat panjang dan berkemungkinan akan berhenti menyanyi demi memberi tumpuan kepada keluarga.

Read more…

Tindakan Berani Mati Umie Aida Ketika Suaminya Ditahan Sangat Memeranjatkan Orang Ramai

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memutuskan pertuduhan dihadapi oleh suami Umie Aida yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang adalah tidak mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Hakim Datuk Mohd Azman Husin turut memerintahkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen kerana kesalahan di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun jika sabit kesalahan.
Pelakon Datin Seri Umie Aida membayar jaminan manakala adik Chang membayar jaminan bagi pihak Chang. Mereka ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan di Penjara Sungai Buloh lebih dua bulan. Hakim menetapkan 12 Januari tahun depan bagi pengurusan kes sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, Umie Aida berkata beliau bersyukur dan gembira dengan keputusan mahkamah hari ini manakala Tun Mahathir yang turut hadir menyatakan bahawa keputusan yang dikeluarkan mahkamah itu akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap badan kehakiman negara.


Sumber: (rtky/s)

Read more…

Tuesday, 17 November 2015

Akhirnya Astro Dedah Punca Sebenar Mengapa Nabil Sering Bersikap 'Biadab' Ketika Mengacara

SHAH ALAM: Pihak pengurusan Astro tidak mahu terlalu menyekat setiap kata-kata yang dibuat oleh pelawak dan pengacara Nabil Ahmad pada program Gegar Vaganza 2 kerana ia akan menyekat kreativitinya.

Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad, berkata, setakat ini pihaknya berpuas hati dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu walaupun masih ramai penonton yang tidak berpuas hati dengan cara pengacaraannya.

"Pihak kami berpuas hati dengan Nabil dan apa yang saya lihat, Nabil sudah banyak mengurangkan gurauannya di atas pentas.

"Jika pihak kami terlalu ketat dalam meletakkan syarat-syarat cara pengacaraan, ia akan menyekat dan 'membunuh' kreativiti Nabil mengendalikan program berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Raqim yang ditemui pada konsert Gegar Vaganza 2 minggu kelima pada malam Ahad diminta mengulas mengenai komen orang ramai yang masih tidak senang dengan cara pengendalian Nabil dalam program itu yang dianggap seperti bergurau tidak kena tempat.

Nabil turut mendapat kritikan apabila dia dilihat suka mencelah ketika juri sedang memberi komen kepada peserta dan perkara itu dianggap sebagai kurang sopan.

Bagaimanapun Raqim menjelaskan, menjadi tanggungjawab pengacara untuk meneutralkan keadaan lebih-lebih lagi ketika juri memberi kritikan pedas.

"Pengacara perlu menjadi neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak baik pada peserta mahupun juri.

"Jika ada yang berasa Nabil sengaja mahu mencelah, mereka silap. Nabil termasuklah pengacara gandingannya iaitu Jihan Muse sekadar mahu meredakan keadaan," ujarnya.

Gegar Vaganza 2 disiarkan secara langsung pada setiap Ahad pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Read more…

Monday, 16 November 2015

Penjelasan Sebenar Penyingkiran Nabil & Jihan Pengacara Gegar Vaganza Secara Live Malam Tadi

Jika sebelum ini pengacara Gegar Vaganza 2 (GV2) Nabil Ahmad dikecam penonton program realiti tersebut, namun berbeza untuk kali ini.

Selepas disingkirkan daripada program tersebut pada konsert minggu kelima yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad, Nabil dan Jihan bakal digantikan dengan pengacara lebih berpengalaman iaitu Raja Azura (Kak Engku) dan Salih Yaacob.

Penyingkiran tersebut diketahui selepas lagu mereka dipaparkan di skrin pada segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ namun foto mereka telah ditukarkan dengan wajah Kak Engku dan Salih.
Menjawab tentang penyingkiran kedua-dua pengacara tersebut, Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad berkata ia hanyalah gimik dan ‘amaran manja’ kepada Nabil dan Jihan.

“Nabil dan Jihan tidak disingkirkan pada malam ini (Ahad), ia cuma gimik dan amaran dari kami kepada mereka.

“Sebelum ini teguran telah pun diberikan dan Nabil juga dilihat semakin baik semasa mengendalikan GV2.

“Apapun, Nabil dan Jihan adalah penyeri dalam GV2, tanpa mereka mungkin sunyi pentas setiap minggu. Mereka juga telah melakukan tanggungjawab yang diberikan dengan baik sekali,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.

Pada konsert minggu kelima bertemakan 'Hits Vaganza' Nabil dan Jihan telah menyanyikan lagu duet yang dipopularkan oleh Datuk Jamal Abdillah dan Amelina berjudul Seri Langkat.

Bagaimanapun, selepas Nabil dan Jihan ‘disingkirkan’ daripada GV2 para penonton telah meluahkan rasa tidak puas hati di laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

Read more…

EDISI KANTOI!! Zul Arrifin Kantoi Rupanya Kaki Kikis Harta Kekasih. Patutlah Asyik Tukar Perempuan.

Umum sudah mengetahui bahawa hubungan cinta antara Zul Ariffin dan juga bekas kekasih, Gayatri Sue Lin Pillai sudah pun berakhir. Melalui sumber Cik Pang di dalam akhbar Metro Ahad hari ini, khabarnya Zul sudah memulangkan semula kereta yang pernah diberikan oleh Gayatri.

“Tapi Cik Pang sempat juga bertanya teman yang bercerita itu, barang mewah apa yang dimaksudkan. Katanya, setahu dia sewaktu masih bercinta Gaya memberikan kereta kepada Zul”

“Menurut teman lain, apa yang dia tahu sebaik saja mereka memutuskan hubungan, Zul memulangkan ­kembali kereta mewah itu kepada Gaya,” jelas Cik Pang apabila ada khabar angin yang mendakwa Zul sudah memulangkan barangan mewah kepada Gayatri.

Sementara itu melalui Utusan Online, Gayatri menjelaskan bahawa mereka masih lagi berkawan baik. Bagaimanapun Gayatri menyatakan biarlah sebab mereka berpisah hanya diketahui oleh mereka berdua sahaja.

Mahu dikecohkan lagi pun, perkara sudah berlalu. Teringat juga Zul pernah kata mereka sudah bersedia untuk berkahwin semua tetapi mahu buat macam mana jika bukan jodoh. Semoga hubungan Zul atau Gayatri dengan pilihan hati akan beroleh bahagia.

Read more…

Sunday, 15 November 2015

Wajah Terkini Anak Perempuan Arwah Hani Mohsin, Hani Kamila Yang MELAMPAU

Teringat pula seorang pelakon yang cukup berbakat ini, iaitu arwah Hani Mohsin. Dulu-dulu zaman filem Jimi Asmara tengah top memang suka sangat tengok. Piao memang minat dengan arwah Hani Mohsin kira hero melaya jugakan saing-saing Rosyam Nor.

Semasa berita kematian arwah ditayangkan piao juga turut rasa sedih kerana melihat satu-satu anak perempuannya menagis setelah diberitahu ayahnya telah meninggal. Masa tu tengok memang comel sangat Hani Karmila nama yang cantik macam orangnya juga. - piao

Tapi sekarang Hani Karmila telah dewasa. Cantik dan mempunyai iras-iras ayahnya iaitu arwah Hani Mohsin. Jum tengok gambar di bawah :-

Read more…

Saturday, 14 November 2015

Tidak Tahan Melihat Kakak Sendiri Akhirnya Ayu Raudhah Membongkar Semua Rahsia Kekayaan Che Ta

Seringkali menjadi mangsa kutukan hanya kerana kemewahan yang dimiliki oleh Che Ta yang juga adalah kakaknya, pelakon Ayu Raudhah mengakui merasa kasihan dengan perkara tersebut.

“Saya kasihan tengok dia yang sering dikritik. Bagi saya, kemewahan yang dimilikinya sekarang ini adalah hasil usaha dia yang dia lakukan selain tidak pernah tahu erti penat. Apa-apa pun saya tumpang gembira dengan kehidupannya dan keluarga melihat mereka sudah ke tahap itu (mewah).
“Saya dan adik beradik lain juga mahu mengikut jejaknya menjadi ahli perniagaan yang berjaya,” jelasnya kepada mStar Online. Ayu dan juga Che Ta juga menjalankan perniagaan tudung bersama di bawah jenama Zeta En Rawdah.

Sebelum ini juga Che Ta pernah menjelaskan bahawa dia tidak mahu mengambil berat terhadap kritikan yang dilemparkan sebaliknya mahu lebih fokus terhadap perniagaan dan perkara lain yang lebih penting. Orang berjaya dan orang berhasad dengki sememamngnya mempunyai pemikiran yang berbeza.
 
Sumber: (rtky/s)

Read more…

Isu Zul Ariffin Dan Zahirah Bercinta, Ayda Jebat Buat Luahan Hati Buat Ramai Mengalir Air Mata

Apabila kedua-dua Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson mengakui mereka mempunyai hubungan yang masih baru berputik, Ayda Jebat sering dikaitkan dengan cerita mereka. Khabarnya, peminat Ayda tidak puas hati Zul memilih Zahirah berbanding Ayda. Justeru, sesetengah peminta Ayda dilaporkan telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka di Instagram Zahirah Macwilson.
Melalui laporan Kosmo!, Ayda bagaimanapun menyatakan semua itu tidak kena-mengena dengan dirinya. Kata Ayda:

Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu kerana ia tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku dan kau’.
Dia juga menyatakan yang dia tidak ada hak menghalang Zul dari menjalin hubungan cinta dengan sesiapa.

Tidak langsung (ketawa). Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu.




Malah, Ayda mendoakan yang terbaik buat Zul Ariffin:

Bagi saya, dia bebas untuk melakukan apa yang dirasakan baik untuk dirinya. Saya tiada hak untuk memberikan nasihat kepadanya. Saya doakan yang baik-baik sahaja kerana sebagai rakan dapat merasakan dia letih dengan segala tohmahan tentang status perhubungannya. Selain itu, saya profesional ketika melakukan kerja dan yakin dia juga begitu.

Berkenaan isu memakai baju pengantin Lana Nodin unutk penggambaran iklan, Ayda enggan memanjangkan isu bagaimanapun meminta maaf sekiranya terdapat kesalahan di pihaknya.
Ya, saya memang pakai baju yang pernah dia (Lana) pakai sebelum ini dan ia adalah baju tajaan. Kalau boleh saya tidak mahu komen lanjut. Kalau saya salah, saya minta maaf. Itu sahaja. Saya tidak mahu panjangkan isu tersebut.

Diharap peminat Ayda yang tidak berpuas hati dengan pilihan Zul Ariffin agar bersabar. Buat masa ini, mungkin jodoh Zul Ariffin dengan Ayda masih belum sampai. Jika ada jodoh dan diizinkan tuhan, takkan ke mana, ya tak?
 

Read more…

Wednesday, 11 November 2015

PANAS!! Ayu Raudhah Bongkar RAHSIA Bagaimana Cara Zaquan Adha Mengongkong Hidupnya

Lama sudah kita tidak mendengar khabar daripada pelakon jelita, Ayu Raudhah mengenai kehidupannya kini setelah berumah tangga sehingga ada pihak yang menganggap bahawa suaminya, Zaquan Adha mengongkong.

“Suami tak pernah menghalang Ayu untuk berlakon, dia sangat memberikan sokongan dalam apa jua bidang yang Ayu ceburi ini termasuklah bisnes yang sedang Ayu usahakan. Cuma sekarang ini Ayu perlu memilih skrip yang sesuai untuk berkarya semula,” katanya yang ditemui di Majlis Anugerah Skrin (ASK 2015).

Dalam pada itu, Ayu telah berjaya menggondol gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASK 2015 menerusi lakonannya yang mantap dalam filem terakhirnya ‘Lagenda Budak Setan 3: Kasyah’. Dia yang tidak menyangkakan sekali kemenangannya pada malam itu berazam akan kembali semula dalam gelanggang lakonan selepas berehat beberapa tahun.

“Tak sangka selepas 3 tahun tidak berlakon saya memenangi anugerah ini, mungkin rezeki anak-anak saya. Begitu berbaloi ialah selepas beberapa isu timbul dalam filem ini akhirnya saya berjaya merangkul anugerah pada malam ini”

Namun begitu gosip yang mengatakan zaquan mengongkong hidupnya adalah tidak benar sama sekali. Cuma sekadar gosip liar.

Sumber :  Murai.com

Read more…

GEMPAR!! Akhirnya Dato Siti Nurhaliza Berlaku Jujur Jawab Isu Kehamilan

Jika sebelum ini kecoh mengenai berita Dato’ Siti Nurhaliza hamil, perkara itu kemudiannya dinafikan sendiri oleh penyanyi tersebut. Perkara itu diberitahu sejurus membuat persembahan pembukaan sempena Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Istana Budaya.

“Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu,” komennya ringkas menjawab spekulasi berkenaan. Sementara itu, Asyraf yang ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah Skrin 2015 di PWTC baru-baru ini menjelaskan bahawa dia langsung tidak ingat akan kenyataannya tentang kehamilan Siti Nurhaliza.

“Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya,” jelas Aysraf mengenai dakwaan bahawa khabar tersebut dikeluarkan oleh dirinya sebelum ini,Ini bukan kali pertama khabar mengenai kehamilan penyanyi ini tersebar. Apa-apa pun, Dato’ Siti Nurhaliza memohon agar semua peminatnya sama-sama mendoakan perkara tersebut. Semoga Siti akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Sumber: (rtky/s)

Read more…

Punca Sebenar Anak Kepada Peserta Gegar Vaganza BENGANG Dengan M.Nasir & Dato AC


Baru-baru ini Datuk M.Nasir dan pengacara popular AC Mizal yang bertindak sebagai juri program realiti Gegar Vaganza 2 telah memberikan ulasan mengenai persembahan penyanyi Sheeda menerusi konsert minggu keempat yang berlangsung pada malam Ahad lalu.


Memetik laporan mStar online, anak Sheeda iaitu penyanyi Bienda bagaimanapun menyifatkan komen dua juri berkenaan menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka sekaligus mendesak M. Nasir dan AC Mizal memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka yang mengaibkan ibunya itu.


"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.


"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian," ujarnya.


Antara komen M Nasir iaitu "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.


Dalam pada itu, Bienda berkata, sebagai anak, sudah pasti dia terasa dan sedih apabila usaha ibunya untuk memasuki pertandingan tersebut tidak dihargai.


"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.


"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," ujarnya.


Bienda turut meminta orang ramai agar tidak terus menghina ibunya di laman sosial terutama di Instagram.


Katanya, perkara tersebut akan membuatkan ibunya bertambah sedih dan rasa hilang keyakinan diri.


Sumber : http://www.delibrary.com/2015/11/punca-sebenar-anak-kepada-peserta-gegar.html

Read more…