Tuesday 8 March 2016

Akhirnya 'Nasi Lemak Spiderman' Dedahkan Wajah Sebenarnya ! Handsome Abam Zawawi Kita Ni..Tak Payah Pakai Topeng2 Dah Ok !

Kisah Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu, Kelantan, menjadi perkongsian viral di laman sosial sejak beberapa hari ini.

Mengambil lokasi di beberapa tempat yang menjadi tumpuan di negeri pantai timur itu, ditambah pula dengan pemakaian kostum adiwira berkenaan, tidak hairanlah nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 satu bekas itu mendapat sambutan hebat.

Bukan setakat datang untuk membeli, malah pelanggan juga teruja apabila dapat bergambar dengan watak adiwira terkenal Barat itu.

Portal Berita Harian melaporkan, si peniaga, Zawawi Ghazali, 29, bertindak melaksanakan idea 'gila'nya apabila perniagaannya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.
Dengan kelainan yang ditampilkan, Zawawi berjaya menjual kira-kira 300 bekas nasi lemak dalam sehari.

Bukan itu sahaja, satu akaun Facebook dengan nama pengendali Nasi Lemak Superman juga diwujudkan pada Selasa, dan sudah mengumpul lebih 4 ribu pengikut setakat ini.

Selanjutnya 3 foto wajah sebenar Zawawi dari FB milik Nasi Lemak Spiderman boleh dilihat di SINI

1 comment: