Tuesday 8 March 2016

Akhirnya 'Nasi Lemak Spiderman' Dedahkan Wajah Sebenarnya ! Handsome Abam Zawawi Kita Ni..Tak Payah Pakai Topeng2 Dah Ok !

Kisah Spiderman yang menjual nasi lemak di bandar Kota Bharu, Kelantan, menjadi perkongsian viral di laman sosial sejak beberapa hari ini.

Mengambil lokasi di beberapa tempat yang menjadi tumpuan di negeri pantai timur itu, ditambah pula dengan pemakaian kostum adiwira berkenaan, tidak hairanlah nasi lemak yang dijual dengan harga RM2 satu bekas itu mendapat sambutan hebat.

Bukan setakat datang untuk membeli, malah pelanggan juga teruja apabila dapat bergambar dengan watak adiwira terkenal Barat itu.

Portal Berita Harian melaporkan, si peniaga, Zawawi Ghazali, 29, bertindak melaksanakan idea 'gila'nya apabila perniagaannya sebelum ini tidak mendatangkan hasil.
Dengan kelainan yang ditampilkan, Zawawi berjaya menjual kira-kira 300 bekas nasi lemak dalam sehari.

Bukan itu sahaja, satu akaun Facebook dengan nama pengendali Nasi Lemak Superman juga diwujudkan pada Selasa, dan sudah mengumpul lebih 4 ribu pengikut setakat ini.

Selanjutnya 3 foto wajah sebenar Zawawi dari FB milik Nasi Lemak Spiderman boleh dilihat di SINI

Read more…

Subhanallah..Bangkai Kerang Berusia Ratusan Tahun di Jumpai Dalam Gua. Lihat Isi di Dalamnya Yang Amat Mengejutkan !

Natal 2015 tidak akan dilupakan oleh pria asal Argentina bernama Jose Antonia Nievas. Pasalnya, dia menemukan sebuah kerang raksasa yang diduga berusia 10.000 tahun.

Jose pertama kali melihat kerang itu di sebuah gua dekat perkebunan miliknya di Carlos Spegazzini. Semula dia mengira itu merupakan telur dinosaurus. Jose memanggil beberapa stasiun TV untuk memperlihatkan penemuannya. Para ahli yang melihat mengatakan kerang itu berasal dari jaman purbakala.

Foto Selanjutnya di SINI

Kerang tersebut hidup di Amerika Selatan berjuta-juta tahun lalu. Namun menemukan fosil kerang itu merupakan hal yang tak biasa.

Sumber : http://warungkopi.okezone.com

Read more…

Monday 7 March 2016

Streaming Munafik (2016) Full Movie..Cepat Tonton Sebelum di Delete !

 
Jom tonton filem Munafik secara online di sini. Filem Munafik mengisahkan tentang seorang pengamal perubatan Islam bernama Adam lakonan Syamsul tidak dapat menerima takdir apabila isterinya meninggal dunia. Adam melalui pelbagai pengalaman pelik apabila dipujuk untuk mengubati seorang wanita bernama Maria lakonan Nabila Huda yang diganggu syaitan.

Tonton Munafik (2016) Full Movie

 SERVER MUNAFIK 2016 1

SERVER MUNAFIK 2016 2 

SERVER MUNAFIK 2016 3

Source http://wowberita.org/tonton-munafik-2016-full-movie

Read more…

Faizal AF4 Akui Pernah Terjebak Dengan Dadah, Sudah Insaf Selepas Berkahwin Buat Kali Ketiga

Faizal satu ketika dahulu pernah menjadi fenomena selepas memenangi program realiti Akademi Fantasia musim ke 4. Dikenali dengan nama Faizal AF4, bintang penyanyi itu hanya bersinar sekejap sahaja. Selepas itu Faizal hilang entah ke mana. Ada desas-desus yang menyatakan Faizal terlibat dengan gejala dadah, namun tidak pernah ada sebarang pengakuan dilakukan. Setelah sekian lama menghilangkan diri, Faizal AF4 muncul dan berkongsi kisah kehidupannya.
Sesungguhnya apabila seorang manusia mendapat kesenangan dan wang yang banyak dalam sekelip mata, memang banyak benda baru yang akan dicuba. Masa inilah kawan-kawan ‘sejati’ mula mencadangkan penggunaan dadah. Ditanya tentang kebenarannya terjebak dngan najis dadah, ini jawapan Faizal AF4:-

Ya saya terjerumus dengan benda negatif. Terjebak dengan sesuatu yang sia-sia dan memusnahkan hidup. Apabila berduit, saya mula terpengaruh dengan kawan-kawan, akhirnya hidup saya seperti kain buruk. Disebabkan terlalu mengikut kata hati, saya mencuba benda negatif, kononnya untuk mengecapi kehidupan baru tetapi kesannya cukup buruk.

Dulu saya umpama tidur atas duit. Setiap bulan saya menerima pendapatan berpuluh ribu, cukup lumayan. Ketika itu saya hanya budak kampung yang diangkat sebagai juara. Usia masih muda, disanjung dan dipuja, saya seperti terkena kejutan budaya dan akhirnya mula lupa diri.

Ketika itu tiada siapa pun yang cuba menarik saya daripada lembah hina dan kehancuran. Hidup saya makin terumbang ambing. Bagaimanapun, saya tidak menyalahkan sesiapa. Semuanya kerana kesilapan sendiri. Saya masih muda ketika itu, belum kenal erti kehidupan. Penderitaan mengajar saya erti hidup dan kematangan.

Untuk makluman, Faizal AF4 kini sedang menjalani kehidupan sebagai seorang suami buat kali ketiga. Perkahwinan dua kalinya sebelum ini berakhir dengan penceraian kerana masalah dadahnya. Isteri ketiganya, Sahidatul Najida Ibrahim, 20 tahun adalah sumber kekuatan buat Faizal menjalani kehidupan baru. Kata Faizal lagi:-

Ia perkahwinan ketiga saya dan tidak dinafikan, pada permulaan isteri kerap menangis kerana perbuatan saya. Alhamdulillah, berkat doa dan kesungguhannya yang ingin melihat saya berubah, saya tidak lagi terbabit dengan gejala yang sia-sia. Saya tidak mahu melihatnya menderita lagi. Tanpa sokongannya dan rakan kongsi perniagaan, Linda Mohd Shariff, kehidupan saya mungkin masih terumbang-ambing.

Mungkin saya tidak mewah, tetapi apa yang ada hari ini cukup untuk membahagikan isteri dan keluarga. Saya bersyukur isteri yang kini hamil tiga bulan menerima saya seadanya malah tidak pernah berputus asa untuk melihat saya kembali pulih.
Semoga Faizal benar-benar insaf kali ini dan tidak akan terjebak dalam gejala dadah semula. Setiap orang ada perjalanan hidup yang tersendiri. Semoga kita belajar daripada kesilapan mereka. Good luck and all the best buat Faizal. Jangan sia-siakan peluang kali ini. Semoga terus maju jaya. Sumber Berita Harian.

Read more…

Wednesday 2 March 2016

Kisah Seorang Abah Yang Tak Pandai Azankan Bayinya dan Kejutan Berlaku Saat Bayi di Dukung..Allahuakbar..

Sama-sama kita renungkan dan jadi pengajaran. In shaa Allah :)

Hari yang cukup meletihkan. Menyakitkan. Memeritkan. Empat Jam penuh debaran dan bergelut dengan nyawa akhirnya disudahkan dengan tangisan.

Tangisan seorang bayi lelaki. Tangisan kegembiraan diri-sendiri juga. Suami di sisi juga mengalirkan air mata. Anak sulung kami.

Ajaib. Terasa hilang seketika seluruh kesakitan melahirkan di saat melihat bayi lelaki yang masih kemerahan kulit dan badannya di depan mataku sendiri

Alhamdulillah. Syukur tang tidak terhingga. Jururawat membawa anak sulungku itu ke sisiku.

Ku kucup pipinya yang comel. Bayi yang tengah menangis tadi telah reda tangisannya. Mungkin mengenali aku ini ibunya.

"Mama dan abah tunggu kamu sembilan bulan, tau"
*gambar hiasan

Berlinang air mataku sekali lagi mengingatkan peritnya dan besarnya dugaan selama mengandungkan anak pertama. Dengan pelbagai ragam diri sendiri, asyik nak muntah, cepat sensitif, cepat menangis, cepat marah, asyik nak pitam dan pening kepala. Tuhan saja yang tahu. Nasib baik dapat suami yang memahami.

Kami bernikah tahun lepas. Terus bunting pelamin. Suamiku orang biasa saja. "Suamiku bukan ustaz". Tak adalah kaya.Cukuplah apa adanya. Cukup ada rumah sewa sendiri untuk didiami, cukup makan pakai sekadarnya.

Aku pun biasa-biasa. Macam orang keramaian sahaja. Tudung pun tak betul lagi. Suami berkata " nanti awak ready pakailah betul-betul". Dia sendiri pun masih dengan seluar pendeknya bila keluar rumah. Aku pernah tegur. Dia kata, dia pun tak ready lagi. Sama macam aku tak ready.

Jururawat dah seleasi membersih anak kami, sebungkus selimut. Dah wangi-wangi. Menyerahkan kepada kami.Doktor sudah menyelesaikan tugasnya, cuci luka dan sebagainya yang berkaitan. Aku dipindahkan ke katil dan wad lain yang telah siap disediakan.

Mertuaku dan ayak mak ada di sini.Semua orang ada. Dengan muka gembira. Yang tua happy dapat timang cucu. Aku dan suami happy dengan orang baru dalam keluarga. Dipeluk cium bayiku yang comel tu.

"Azankanlah di telinga budak tu"

Ibuku bersuara. Diserahkan bayi dalam dakapannya tadi kepada suamiku. Suamiku menyambutnya dengan cermat.

"Kena azan ke?" Suami bertanya. "wajib ehh?"

Doktor lelaki yang ada disitu mencelah...

"Ustaz Zahazan kata, apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu'ab daripada hadis Hasan bin Ali daripada Nabi Saw bersabda yang bermaksud:

" Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibya."

Menurut sebahagian ulama. Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit"

Suamiku terdiam seketika
*gambar hiasan

Maafkan abah kerana abah tak pandai nak azan..

Tiba-tiba suamiku menangis, Menitiskan air matanya. Jatuh menitik ke muka anak kami.

"Maafkan abah, Abah tak pandai nak azan. Sungguh abah tak pandai"

Aku sebak. Ibu bapaku terkejut sedikit. Namun tenang saja. Mertuaku seakan dah tahu

"Abah tak jujur pada mama kamu. Bila masuk waktu solat, abah kata nak pergi masjid. Tapi sebenarnya abah tak pergi pun.

Abah keluar lepak dengan kawan-kawan. Abah tak pernah jadi imam di rumah untuk mama kamu. Apatah lagi mengajar mama Al-Quran. Abah tak reti. Maafkan Abah. Maafkan abah"

Suamiku terus menangis sambil mendakap anak lelaki sulungnya itu. Anak itu tidak pula menangis. Seakan-akan memahami ayahnya sedih.

"Maafkan saya, ma, abah. Maafkan saya"

Suamiku itu meminta maaf dengan ibubapaku dan mentuaku. Aku turut menitiskan air mata. Selama ini, suamiku tak pernah macam ni.

"Takpe.. Biara ayah saja yang azankan. Tapi janji dengan ayah dan mak, lepas ni kamu berdua kena sama-sama pergi belajar agama. Kamu suami adalah pemimpin keluarga.

Baiki diri. Jangan selesa dengan perangai zaman bujang. Dah tak sama dengan zaman keluarga. Dekatkan diri dengan Allah. kamu yang akan bawa anak dan isteri kamu kepada syurga Allah.

Kita keturunan Nabi Adam dan Hawa yang berasal dari syurga. Kampung asal kita di sana. Kita tak nak balik kampung satu lagi tu"

Suamiku bangun dan memeluk ayahku, memeluk ayahku. Berjanji akan berubah sepenuh hati. menangis-menangis menyesal dan insaf.

Syukur. Anak yang baru lahir ini adalah pencetus kepada hidayah Allah swt kepada suami dan aku sendiri.

Aku tersenyum dalam tangisan. Moga semua lelaki di dunia ini persiapkan diri dengan agama sebelum berkeluarga. Jangan diharap pada isteri yang kena merubah suami.

Mohon sayangi isteri dan suami masing-masing walaupun tidak sempurna sikapnya, soleh atau solehahnya. Allah dah satukan kamu berdua kerana Dia tahu pilihanNya terbaik. Sama-sama berubah ke arah lebih baik.

Read more…

Foto Adik Beradik Perempuan Johan Yang Super Cun !

GAMBAR SEKITAR MAJLIS BERENDOI ANAK JOHAN DAN OZLYN

Biarpun hanya mengadakan majlis berendoi puteri mereka,Nur Latifah Chantiq Hanania yang berusia 48 hari dan turut meraikan ulang tahun putera ketiga mereka, Ahmad Haziq Hanania yang berusia dua tahun, majlis kenduri anjuran Johan Raja Lawak dan isterinya, Ozlynberlangsung meriah seolah-olah ia adalah majlis perkahwinan.

Gambar sekitar majlis berendoi anak Johan dan Ozlyn – Paling menarik perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan kenangan bersama pasangan ini. Bukan saja menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu.

Lagi tambah menarik, Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta kanak-kanak lain yang hadir. Bahkan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.

Mengenali pasangan ini, boleh dikatakan mereka tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran bagi berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain. Saban tahun mereka tidak ketinggalan menganjurkan majlis begini. Apatah lagi tahun lalu, Johan mencapai kejayaan cemerlang dalam kariernya.
Selain sukses dengan tugasnya sebagai penyampai radio ERA, artis bernama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 32, ini turut menyerlah apabila muncul juara Super Spontan 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Tambah mengujakan apabila isteri tercinta, Ozlyn melahirkan Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu sekali gus mengakhiri penantian mereka yang begitu inginkan cahaya mata perempuan.

Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha bersama suaminya Jejai (Rizal Ashram) yang turut membawa dua anak mereka; Amyza Aznan bersama suaminya, Khairil Izhar dan anak mereka; Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana serta anak mereka dan Azza Elite. Tidak ketinggalan Raja Azura serta pasangan Johan dalam segmen Johara ERA iaitu Ray.

Walaupun nampak penat, Johan tetap melayan permintaan tetamu yang ingin bergambar dengannya. Baginya, dia puas kerana majlis yang dirancang dalam tempoh dua minggu itu berjalan lancar.
“Majlis ini adalah pembuka 2015 kerana kami akan buat kenduri empat kali setahun. Kali ini kami pilih tema keceriaan kerana mahu menggembirakan Ahmad Haziq yang konsepnya Ozlyn pilih. Dia juga cetuskan idea konsep bersanding dan saya sokong kerana dengan cara ini hubungan kami akan jadi lebih akrab. Memang setiap kali buat majlis, kami akan melakukannya secara besar-besaran. Bukanlah kami nak menunjuk-nunjuk tetapi hanya bertujuan meraikan tetamu termasuk anak yatim yang turut dijemput. Saya anggap mereka seperti anak saya sendiri. Setakat ini saya ada empat rumah anak yatim yang dijadikan anak angkat dan saya akan jemput mereka ikut giliran,” katanya yang turut menyumbang kelengkapan persekolahan kepada 30 anak yatim yang datang.

Majlis itu berlangsung dua sesi apabila jemputan sesi berendoi dikhaskan untuk keluarga dan rakan terdekat manakala sambutan ulang tahun kelahiran dibuka untuk semua tetamu termasuk peminat.
“Saya bersyukur kerana majlis berendoi disempurnakan oleh pak cik saya sendiri yang juga imam di Masjid Kampung Pandan dan saya gembira kerana nenek dan mak cik saya dari sebelah emak yang berketurunan Cina turut hadir ke majlis ini menjadikannya sangat bermakna. Peminat yang hadir pula terdiri daripada ahli kelab peminat saya dan Jozan. Mereka beruntung kerana dapat melihat wajah bayi saya. Ini kali pertama saya dedahkan Nur Latifah kepada mereka,” katanya. [mymetro]

Selanjutnya Foto Adik Beradik Perempuan Johan Yang Super Cun DI SINI!

Read more…

Anak Saya Dah Mati Dan Tanpa Sedar Saya Mencampakkannya Dari Tingkat 18 ! Saya Tertekan !!!!

Kuala Lumpur, 1 Mac: Wanita yang mencampakkan bayi perempuannya dari tingkat 18 Flat Danau Kota di sini semalam mendakwa anaknya itu sudah meninggal dunia selepas dilahirkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif, wanita terbabit, 39, direman selama enam hari bermula hari ini.

"Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Wanita direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309B kerana membunuh anak selepas kelahiran," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Semalam, penduduk flat terbabit digemparkan dengan penemuan bayi perempuan bersama uri pada 8.30 pagi. - Siakapkeli.my


AKHIRNYA ! Emak Bayi Dedah Punca SEBENAR Dia Nekad Campak Anaknya Dari Tingkat 18

Kuala Lumpur, 1 Mac: Wanita yang mencampakkan bayi perempuannya dari tingkat 18 Flat Danau Kota di sini semalam mendakwa anaknya itu sudah meninggal dunia selepas dilahirkan.
AKHIRNYA ! Emak Bayi Dedah Punca SEBENAR Dia Nekad Campak Anaknya Dari Tingkat 18
Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif, wanita terbabit, 39, direman selama enam hari bermula hari ini.

"Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Wanita direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309B kerana membunuh anak selepas kelahiran," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Semalam, penduduk flat terbabit digemparkan dengan penemuan bayi perempuan bersama uri pada 8.30 pagi.

Selanjutnya di SINI

Sumber : http://bulletinmedia.blogspot.my/2016/03/akhirnya-emak-bayi-dedah-punca-sebenar.html

Read more…

Tuesday 23 February 2016

Sebenarnya Gambar Stereng BMW Dengan Resit Mydin Ini Ada Maksud Tersirat. Anda Mungkin Tak Tahu..99% Yang Dok Kutuk Tu Memang Tak Tahu Maksud Tersiratnya..Haha

Sebab itu kita kena kaji dulu betul-betul baru boleh komen.

Sejak beberapa hari lalu, ramai pula orang share gambar stereng kereta BMW dengan resit Mydin di laman sosial sampai jadi viral

Seorang lelaki ditemui memuat naik gambar stereng kereta BMW bersama resit Mydin dan bertanya sama ada boleh atau tidak untuk menukar barangan yang dah tersalah beli.

Posting ini mendapat perhatian ramai dalam sekelip mata disebabkan gaya pertanyaan lelaki ini yang dilihat seperti ada unsur menunjuk-nunjuk.

says.com

Selepas menjadi viral, ramailah yang memuat naik gambar stereng kereta masing-masing semata-mata untuk troll. Caption pun semua tak nak mengalah dan memang pecah perut!
 



Image via MyGosip.com/Facebook

Image via MyGosip.com/Facebook


Hahaha macam-macam karenah. Kreatif sungguh.

says.com




Bukan setakat stereng kereta, orang ramai turut upload gambar rakit, kapal, dan macam-macam lagi. Bertambah-tambah kelakar jadinya.

Image via MyGosip.com/Facebook

Image via MyGosip.com/Facebook


Image via MyGosip.com/Facebook

Orang kita ni bila bab troll memang laju je kan. Seronok betul kami melayan satu-satu gambar. Kalau nak lebih banyak troll boleh klik sini.

Yang mengutuk pun apa kurangnya. Tak semena-mena lelaki tersebut dikecam kerana didakwa sengaja nak show off kereta BMW yang dimilikinya.

Image via MyGosip.com/Facebook

Eh? Nama Faiz Subri pun kena sebut?

says.com

Namun begitu, ramai yang tak tahu kisah sebenar disebalik postingberkenaan.

Gambar itu dimuat naik bukan sebab nak tanya orang ramai tentang soal tukar barang di Mydin, jauh pula bertujuan untuk show off.

Seorang lelaki bernama Ahmad Muizzuddin Mohammad memuat naik gambar berkenaan ke dalam page Warga Kuantan di Facebook pada 16 Februari 2016 lalu dengan caption:

"Salam, nak tanya warga Kuantan. Kalau tersalah beli barang dekat Mydin, boleh tukar balik tak? Resit saya ada lagi."

says.com

Image via Warga Kuantan/Facebook

Sekali pandang, memang rasa macam Ahmad Muizzuddin ni sengaja nak show off kereta BMW. Tetapi, bagi sesiapa yang faham,posting tersebut sebenarnya ada maksud tersirat.

Image via Warga Kuantan/Facebook

Menurut beliau, hanya orang yang betul-betul follow laman Warga Kuantan saja yang akan faham niatnya yang sebenar
Image via Warga Kuantan/Facebook

Mula-mula, kami pun kurang faham apa sebenarnya yang cuba Ahmad Muizzuddin sampaikan


Image via joelglovier.com

Selepas diselidik, baru kami faham. Rupa-rupanya, Ahmad Muizzuddin memang sengaja upload gambar tersebut semata-mata untuk troll satu status yang dimuat naik 2 jam sebelum itu.

Status dari Mohd Ikram yang dimuat naik dua jam lebih awal inilah yang sebenarnya Ahmad Muizzuddin maksudkan. Cuba anda baca betul-betul apa yang tak kena dengan status ini.

says.com


I
mage via Warga Kuantan/Facebook

Nampak tak?

Yes, gambar itu dimuat naik bagi tujuan sarkastik sahaja sebenarnya, tidak ada kena mengena langsung dengan Mydin mahupun menunjuk-menunjuk kemewahan



Image via cbc.ca

Semua dah faham kan? Bagus :)

Jadi selepas ini, tak perlulah kita melenting dan membuat tuduhan melulu ke atas niat seseorang memuat naik sesuatu di laman sosial. Hati-hati ya.

says.com

Read more…