Gambar sekitar majlis berendoi anak Johan dan Ozlyn – Paling menarik perhatian, di ruang dalam lokasi berlangsungnya majlis itu di Villa Casa Heliconia, Kuala Lumpur Sabtu lalu, terdapat pelamin cantik berwarna putih yang menjadi tumpuan ramai jemputan sama ada untuk bergambar mahupun merakamkan kenangan bersama pasangan ini. Bukan saja menyediakan makanan yang lazat, pasangan ini turut mengundang Sharifah Shahira dan Azmir Cuit sebagai pengacara bagi memeriahkan majlis dua dalam satu itu.
Lagi tambah menarik, Johan sanggup berhabisan membawa persembahan badut serta permainan lain bagi memeriahkan majlis itu sekali gus menceriakan tiga anak lelakinya serta kanak-kanak lain yang hadir. Bahkan acara cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah berupa basikal, kipas angin serta kereta mainan turut diadakan bagi menambah kemeriahan majlis.
Mengenali pasangan ini, boleh dikatakan mereka tidak lokek mengadakan majlis kenduri kesyukuran bagi berkongsi rezeki yang diperoleh dengan orang lain. Saban tahun mereka tidak ketinggalan menganjurkan majlis begini. Apatah lagi tahun lalu, Johan mencapai kejayaan cemerlang dalam kariernya.
Selain sukses dengan tugasnya sebagai penyampai radio ERA, artis bernama sebenar Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 32, ini turut menyerlah apabila muncul juara Super Spontan 2014 dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan kereta Toyota Camry. Tambah mengujakan apabila isteri tercinta, Ozlyn melahirkan Nur Latifah Chantiq Hanania pada 25 November lalu sekali gus mengakhiri penantian mereka yang begitu inginkan cahaya mata perempuan.
Majlis ini dimeriahkan dengan kehadiran rakan artis antaranya Fasha Sandha bersama suaminya Jejai (Rizal Ashram) yang turut membawa dua anak mereka; Amyza Aznan bersama suaminya, Khairil Izhar dan anak mereka; Ezad Lazim dan isterinya, Nor Azeana serta anak mereka dan Azza Elite. Tidak ketinggalan Raja Azura serta pasangan Johan dalam segmen Johara ERA iaitu Ray.
Walaupun nampak penat, Johan tetap melayan permintaan tetamu yang ingin bergambar dengannya. Baginya, dia puas kerana majlis yang dirancang dalam tempoh dua minggu itu berjalan lancar.
Majlis itu berlangsung dua sesi apabila jemputan sesi berendoi dikhaskan untuk keluarga dan rakan terdekat manakala sambutan ulang tahun kelahiran dibuka untuk semua tetamu termasuk peminat.
Selanjutnya Foto Adik Beradik Perempuan Johan Yang Super Cun DI SINI!
0 comments:
Post a Comment