Saturday 14 November 2015

Masih Ingat Pelakon Cilik Ini? Amelia! Wajah Terbaru Nya Sangat Memeranjatkan! Dulu Femes Berlakon Drama! Sekarang?

Baru-baru ni kami menerima beberapa keping foto comel seorang kanak-kanak perempuan kiriman pembaca setia OHBULAN! melalui email. Bila diamati foto tersebut, nampak begitu familiar sekali cuma namanya sahaja tak tahu.

Rupanya kanak-kanak tersebut merupakan seorang pelakon cilik yang kini sudah meningkat dewasa dan kembali menyinari industri seni tanah air setelah lama ditinggalkan. Memang dulu selalu nampak kan?

Berikut beberapa info menarik tentang dirinya yang sempat kami geledah.

Filem Pisau Cukur & Talentime
Semasa kanak-kanak, Amelia Henderson ini pernah beberapa kali berlakon drama, filem dan teater. Antara yang paling diingati ialah menerusi filem Pisau Cukur dan Talentime arahan arwah Yasmin Ahmad.

Model kanak-kanak
Patutlah macam familiar je kan sebabnya masa kecil dulu wajahnya sering muncul di kaca TV dengan beberapa iklan. Malah acap kali juga menghiasi majalah sejak berumur 3 tahun
IQ 180

Bukan mahu terlalu memuji Amelia ini tapi hakikatnya dia memiliki IQ 180 dan disahkan Mensa, organisasi yang mengiktiraf golongan genius di dunia.
Kira bijak pandai juga lah dan tak mustahil sebab ibunya seorang dentist dari India manakala bapa pula arkitek berasal dari Scotland.

Drama terbaru, Keluarga Pontimau TV3
Selepas sekian lama tak muncul dengan drama, gadis ini tampil dengan drama terbaru Keluarga Pontimau menerusi TV3. Itu yang buat ramai tertanya-tanya, siapakah dia. Macam pernah nampak.
Penyampai radio & hos TV di beberapa rancangan Astro.
Kahwini kerabat Diraja Kedah
Sekitar Ogos lalu, Amelia yang baru berusia 20 tahun ini baru sahaja melansungkan perkahwinan dengan salah seorang kerabat Kedah iaitu Tunku Harun. Memang sama cantik sama padan.
Sebenarnya lagi info menarik tentang Amelia Henderson ini tapi cukup lah yang ini dahulu ya.


Sumber : Tunku Harun, Ameliath

0 comments:

Post a Comment