Monday, 30 November 2015

AL-FATIHAH... Gambar Tatapan Terakhir Untuk Peminat Pak Yus

Rakaman video tatapan terakhir untuk peminat Pak Yus cetus kontroversi

‪#‎Terkini‬ - Gempar!!! Rakaman video tatapan terakhir untuk peminat Pak Yus cetus kontroversi. Perlu ke buat macam ni?? tak hormat langsung kelurga arwah... lagi foto dan video seterusnya...

Read more…

Wan Sharizon Dedah PERUBAHAN SIKAP Yus Jambu PETANDA Beliau Pergi Selamanya

KUALA LUMPUR: Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Wan Shahrizon yang sudah mengenali Yussry atau Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.

"Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Shahrizon berkata, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya yang menemani Yus menjayakan persembahan itu.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi," katanya.

Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis.

Jenazah Yus dibawa ke kampung halamannya di Perlis untuk dikebumikan, hari ini.

Yus yang juga anak bongsu dari tiga beradik, tidak pernah berkahwin. Salah seorang abang Yus juga dikatakan sudah meninggal dunia.


Sumber - BH Online

Read more…

Ya Allah! Punca Sebenar Lelaki Ini Sanggup Halau & Simbah Air Pada Anak Kandung Sendiri

Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.

Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya.

Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

"Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

"Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

"Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.

Video yang dimuat naik itu telah ditonton sebanyak 243,362 kali dan dikongsi sebanyak 8,460 di laman Facebook.

Read more…

Saturday, 28 November 2015

Pakar Tampil Jawab Isu Kenapa Patah Kaki, Bila Hendak Bedah Perlu Bogelkan Pesakit

Jika sebelum ini agak menjadi tanda tanya di kalangan orang awam, kenapa di hospital perlu tanggalkan pakaian pesakit apabila handak dibedah, contohnya, jika ingin lakukan pembedahan di kaki, kenapa perlu bogelkan pesakit?

Persoalan ini telah lama bermain difikiran orang ramai, ia membuatkan ramai tertanya-tanya sehingga ada yang membuat andaian sendiri.

Terbaru, melalui artikel yang ditulis oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir bagi menjawab persoalan yang ditulis di laman sosial mengenai perkara ini.

Satu tulisan yang di 'print screen' di laman sosial telah mempersoalkan prosuder tersebut.
Berpandukan persoalan dan andaian itu, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka telah menulis penjelasan panjang lebar untuk diberitahu kepada umum yang masih belum faham mengenai perkara ini.

Berikut adalah tulisan beliau,

Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.

Alhamdulillah ia menerima respons positif dan semakin ramai yang memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk pada prosedur perawatan yg diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita2 seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita2 seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas dari jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.

Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar dari kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

1. Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

2. Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

3. Di dewan bedah pembantu/nurse telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

4. Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dilakuan operation adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa operation yg hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yg perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Jika melibatkan tulang2 kecil, amat jarang pesakit mahu memakai pampers. Mereka lebih suka bergerak sendiri ke tandas dengan kaki yg bersimen bagi menunaikan hajat. Para perawat juga akan menggalakan mereka bergerak seandainya stabil bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit sumbatan darah dalam salur darah kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) akibat kurang pergerakkan.

Memandangkan operation perlu dilakukan di dewan bedah, adalah menjadi satu prosedur rasmi mana2 dewan bedah seluruh dunia agar pesakit memakai gown dewan bedah. Semua pakaian pesakit termasuk pakaian dalam dan juga barang2 kemas mestilah ditanggalkan dan tidak boleh dibawa masuk ke dewan bedah.

Bukan hanya pesakit sahaja yang perlu melakukan demikian, para doktor, jururawat, MA serta sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dewan bedah perlulah menanggalkan pakaian mereka dan memakai pakaian dewan bedah yang telah disediakan!

Ini adalah kerana dewan bedah mahu mengekalkan sterliti atau kawasan suci kuman. Pakaian2 anda di luar dan pakaian dalam semestinya mempunyai kuman dan berpotensi merebak ke dalam luka anda apabila pembedahan dilakukan. Oleh itu spender dan pantist anda tak kira apa brand dari semahal Calvin Klein atau semurah brand ayam pasar malam wakaf che yeh perlu ditanggalkan. Pampes juga perlu ditanggalkan apatah lagi pampers yang sedang menakung najis! Ini adalah kerana kuman mmg amat suka untuk 'menginap' di pakaian khususnya pakaian dalaman anda.

Jika operation hendak dilakukan di sesuatu bahagian anggota badan, kawasan tersebut sememangnya perlu didedahkan. Kami bukan bomoh bedah batin yang boleh mengeluarkan batu karang dengan jari dari depan abdomen tanpa luka.

Tolong jangan keliru profesion kami dengan para bomoh tersebut.

Kawasan yang didedahkan sewaktu pembedahan oleh doktor adalah kawasan yang perlu sahaja. Selebihnya akan ditutup dengan draping towel yang tebal kerana kita tidak mahu kuman dari anggota badan pesakit yang terdedah merebak dan masuk ke dalam luka pembedahan.

Suhu di dalam dewan bedah juga adalah ditetapkan rendah antara 18 hingga 20 darjah celcius bagi mengurangkan aktiviti kuman. Jadi para perawat memahami pesakit kesejukan kerana berpakaian ringkas. Oleh itu pemanas/warmer dan tuala2 sterile yg panas akan digunakan untuk membungkus pesakit dan meminamakan sebanyak mungkin anggota badan yg terdedah. Kita tidak mahu pesakit mengalami hypothermia kerana ini akan memudaratkan pesakit dan meningkatkan pendarahan!
Jadi adalah amat tidak masuk akal dan tidak logik apabila dikatakan bahawa pesakit dibedah dalam keadaan bogel.

Pemikiran seperti ini mungkin terjadi akibat terlalu banyak menonton video2 tidak senonoh atau akibat fantasi peribadi yang tidak kesampaian.

Kesimpulan‬:

1. Terdapat banyak kisah karut yang berlegar di sekeliling masyarakat kita terutamanya dalam hal perubatan.

2. Masyarakat diseru supaya tidak mempercayai buta2 segala yang disampaikan kepada mereka terutamanya perkara yg sedang viral.

3. Sila siasat kesahihan dan bertanya (konsep tabayyun) sebelum menyebarkan berita yang tidak pasti.

4. Rujuklah kepada orang2 yang ahli dan berilmu dalam sesuatu bidang.

5. Warga hospital sentiasa berusaha melindungi dan menjaga maruah pesakit setiap masa.

6. Menjadi satu kesalahan yang amat berat seandainya maruah pesakit tidak dijaga dan didedahkan dengan sengaja dan tanpa sebab. Ia satu kesalahan etika pengamal perubatan yg boleh berhadapan tindakan di tamatkan perkhidmatan.

Semoga bermanfaat.


Sumber - Siakapkeli.my

Read more…

10 Sindiran Makan Dalam Dari Filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH Yang Tidak Pernah Kita Sedari

#$%Setiap kali menonton filem ini, kami sentiasa terhibur dengan jalan cerita, latar belakang dan suasana di dalam filem tersebut. Itu kelebihan yang ada pada mamat Khalid, filem beliau banyak adegan menyindir yang baik dan membuatkan kita terdiam dan berfikir sejenak...

Oleh itu luangkan masa anda dan fikirkan sejenak setiap dialog yang terdapat di dalam filem ini, di bawah kami kongsikan dialog-dialog yang pastinya membuatkan anda tergelak dan berfikir memang benar dan tepat sekali apa yang dikatakan dengan kehidupan seharian kita yang berlaku hari ini…

1. “Itulah pentingnya English Education” (perihal PPSMI)..

2. “Panjang ceritanya”, “Haa…cerita…cerita…cerita” (perihal orang Melayu yang suka lepak bersembang dan bergosip)...

3. “Mana ada hantu. Di Singapura, rakyatnya hanya mementingkan kamajuan dan pembangunan. Mereka tidak percaya hantu. Kalau ada hantu pun di sana, hanya si tua yang cuba mengajar kita bagaimana untuk mentadbir negara kita sendiri” (menyindir Lee Kuan Yew dan mereka yang terlalu mengagongkan pemimpin Singapura itu)...

4. “Kita bakar saja rumah Kak Limah” (menyindir para demonstraters yang menjadi rutin sesetengah pihak di Malaysia sekarang)...

5. “Kita kena ketengahkan pemimpin muda bagi menggantikan pemimpin tua” (menyindir pemimpin lama hari ini yang masih nak menongkat langit sampai mati)...

6. “Itulah orang kita, pembangunan depan mata pun buat-buat tak nampak” (perihal rakyat yang tak pernah bersyukur dan merasa puas)...

7. “Saya orang Indonesia. Orang Indonesia memang hebat” (perihal orang Indonesia yang sentiasa merasakan diri mereka hebat berbanding orang lain, serta menyindir sebahagian masyarakat negara ini yang sering mengagungkan orang luar berbanding rakyat sendiri)...

8. “Ini off day saya” dan “Saya banyak kerja lain lagi. Esok nak meeting pulak. Ini semua menyusahkan saya” (perihal kakitangan awam yang lebih banyak merungut dan mencipta alasan berbanding melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan)...

9. Inilah ropenye masyarakat kat kampung kite ni. Haram tak peduli kan kepada masyarakat orang tua di kampung kita. Tapi, cube nampak je mak janda melintas balik. Haa, berebut la bertanya khabar.” (Orang kita yang tak peduli dengan org tua)...

10. “Haa.. Elok la tu.. Pak Abu memang tak boleh memimpin dah. Inilah yang berlaku dalam parti politik kita. Dah tua masih lagi nak memimpin. Bila ada masalah, langsung tak boleh bertindak....$%$” (INI PEDAS JUGAAAA)!!!

Read more…

[10 GAMBAR] Gadis Barbie Dan Keluarganya. Gambar Mereka Pasti Mengejutkan Anda

Remember Valeria Lukyanova, the living Barbie doll who professes to live on nothing but light and air? After finding her human Ken doll (who shares her mutual dislike), we have now uncovered photos of her entire family, including her grandparents. All of them share a strikingly doll-like resemblance.
Valeria Lukyanova with her father
Valeria Lukyanova with her brother
Valeria Lukyanova with her sister
Valeria Lukyanova with her grandparents
Valerie’s best friend Olga Oleynik.

Read more…

“Bapa Dajjal” Bapa Bercinta & Menghamilkan Anak Sendiri Yang Baru Berusia 10 Tahun

"Bapa Dajjal" Bapa Bercinta Dan Hamili Anak Sendiri Yang Berusia 10 tahun|Kejadian seorang ayah merogol anak kandungnya sendiri sudah sangat biasa di dengari oleh umum,ianya biasa di sebut bapa Perangai setan. 

Namun kali ini kami ingin mengongsikan bapa berperangai "dajjal"seorang bapa yang sanggup bercinta dan menghamili anaknya sendiri yang masih berumur 10 tahun. 

Mengutip laporan Sooperboy.com lelaki yang berasal dari amerika serikat ini telah membuat media sosial kecoh dan banyak orang marah karenanya.dia tidak hanya menyetubuhi malah membuat anak yang masih berusia 10 tahun itu hamil. 

Gambar kemesraan bapa dan anak tersebut di sebarkan oleh akaun bernama Fredrik Siraque dan mengatakan anak perempuan itu adalah anak tirinya.

Natizen bertambah marah apabila gambar kemesraan tersebut turut dengan gambar Gambar Berbaur lucah serta mendukung anaknya tanpa sluar kemudian mencium bibirnya. 

Tidak cukup hanya itu gambar gambar tersebut juga menunjukkan bagian perut kanak kanak 10 tahun itu semakin membesar. 

Si pemilik gambar menulis.
Saya sangat mencintainya seperti kekasih sendiri,saya sangat mencintai anak saya, kami seperti pasangan muda yang tengah di liputi kebahagian,kami saling mencintai satu sama lain,kami tidak peduli dengan apa yang orang katakan,yang paling penting kami bahagia menjalani ini semua.Fredrik Siraque

komen: Gambar itu sangat menganggu saya di mana ibu anak itu, mengapa ia di biarkan terjadi. saya akan buat aduan polis. tulis pemilik akaun Anita Zulic.

Read more…

"Tun tidak keseorangan. Kami sentiasa teguh di belakang." - Datuk Siti & Che Ta

Dua selebriti popular, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan Rozita Che Wan menyatakan sokongan kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, setelah negarawan itu 'mengeluh' bahawa beliau keseorangan ketika membangkitkan kritikan terhadap Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Menerusi laman Instagram, Siti menulis:

"Love u Tun dan sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi.

"Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua .. #sayaanakMalaysia #sebak," kata penyanyi nombor satu negara itu dalam lamannya, "ctdk".

Tulisan selebriti berkenaan adalah respon kepada 'keluhan' Tun Mahathir pada Isnin lalu yang mengatakan beliau keseorangan dalam membangkitkan pelbagai isu berhubung pentadbiran Najib.

Kata perdana menteri keempat itu, beliau membangkitkan kritikan berkenaan kerana berasa bertanggungjawab terhadap rakyat, selain bimbang kegagalan kerajaan menangani isu yang dibangkitkan itu akan menjadi faktor kepada penolakan rakyat terhadap kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya juga berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah.

"Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya," tulisnya dalam laman blognya chedet.cc dengan entri 'Soal tak jawab'.

Selain Siti, seorang lagi selebriti yang turut menyatakan sokongan terhadap Tun Mahathir adalah Rozita Che Wan. Aktres jelita itu yang lebih dikenali sebagai Che Ta turut memuat naik kata-kata sokongan di laman sosial Instagram beliau.

"Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang.

"Tapi kami ni orang marhain, siapa hendak dengar suara kami," tulis isteri kepada Zain Saidin itu.

Setakat ini, tinjauan mendapati catatan tersebut mendapat 17,260 'like' di Instagram Siti, dan sebanyak 10,663 'like' di Instagram Che Ta.

Read more…