Showing posts with label Info terkini.. Show all posts
Showing posts with label Info terkini.. Show all posts

Saturday, 28 November 2015

Pakar Tampil Jawab Isu Kenapa Patah Kaki, Bila Hendak Bedah Perlu Bogelkan Pesakit

Jika sebelum ini agak menjadi tanda tanya di kalangan orang awam, kenapa di hospital perlu tanggalkan pakaian pesakit apabila handak dibedah, contohnya, jika ingin lakukan pembedahan di kaki, kenapa perlu bogelkan pesakit?

Persoalan ini telah lama bermain difikiran orang ramai, ia membuatkan ramai tertanya-tanya sehingga ada yang membuat andaian sendiri.

Terbaru, melalui artikel yang ditulis oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir bagi menjawab persoalan yang ditulis di laman sosial mengenai perkara ini.

Satu tulisan yang di 'print screen' di laman sosial telah mempersoalkan prosuder tersebut.
Berpandukan persoalan dan andaian itu, Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka telah menulis penjelasan panjang lebar untuk diberitahu kepada umum yang masih belum faham mengenai perkara ini.

Berikut adalah tulisan beliau,

Semalam saya telah membuat satu posting bagi memperjelaskan tentang isu sensiviti gender dan aurat pesakit yang kononnya terabai dan tidak terjaga di hospital.

Alhamdulillah ia menerima respons positif dan semakin ramai yang memahami realiti sebenar dan skop kerja penjawat awam di sektor kesihatan khususnya para doktor, jururawat dan juga MA.

Namun komentar seorang wanita ini telah menarik perhatian saya (rujuk gambar). Ia agak lucu sebenarnya kerana menunjukkan betapa masyarakat awam begitu memandang serong dan bersangka buruk pada prosedur perawatan yg diberikan kepada pesakit. Saya kira cerita2 seperti inilah yang akan melompat dari mulut ke mulut sebagai cerita2 seram rakyat dan mitos atau dalam bahasa Inggerisnya disebut 'Urban Legend'.

Beliau mempertikaikan jawapan balas dari jururawat bahawa waris pesakit adalah orang yang paling elok menguruskan pampers, memandikan, mencuci najis dan kencing pesakit mengikut hukum Islam memandangkan masyarakat begitu keras mengkritik warga KKM sebagai tidak sensitif terhadap isu aurat dan tidak sensitif gender kononnya.

Beliau (pengkomen) berkata bahawa ada ketikanya sungguhpun waris menguruskan perkara tersebut, terdapat waktu dan ketika pesakit berada luar dari kawalan dan pemantauan waris contohnya ketika pembedahan.

Ringkasnya, beliau membangkitkan 4 perkara ini di dalam komennya:

1. Pesakit memakai pampers kerana tidak boleh berjalan ke tandas kerana patah kaki.

2. Pesakit perlu menjalani operation kaki memasukkan besi.

3. Di dewan bedah pembantu/nurse telah diarahkan oleh doktor untuk membuka pampers pesakit atas alasan 'menggangu tugas doktor'.

4. Beliau menimbulkan pertanyaan, kenapakah alat sulit didedahkan sedangkan bahagian yang akan dilakuan operation adalah kaki.

Pertamanya, harus kita sedar bahawa operation yg hendak dilakukan adalah pada bahagian anggota kaki pesakit. Daripada tindakan waris yang memakaikan pampers kepada pesakit jelas menunjukkan bahawa ia adalah kepatahan yang serius. Ini ditambah pula dengan pembedahan memasukkan besi yg perlu dilakukan di dewan bedah. Ia memberi maksud bahawa tulang yang terlibat adalah tulang besar (long bones) seperti femur atau tibia.

Jika melibatkan tulang2 kecil, amat jarang pesakit mahu memakai pampers. Mereka lebih suka bergerak sendiri ke tandas dengan kaki yg bersimen bagi menunaikan hajat. Para perawat juga akan menggalakan mereka bergerak seandainya stabil bagi mengelakkan mereka mengalami penyakit sumbatan darah dalam salur darah kaki atau Deep Vein Thrombosis (DVT) akibat kurang pergerakkan.

Memandangkan operation perlu dilakukan di dewan bedah, adalah menjadi satu prosedur rasmi mana2 dewan bedah seluruh dunia agar pesakit memakai gown dewan bedah. Semua pakaian pesakit termasuk pakaian dalam dan juga barang2 kemas mestilah ditanggalkan dan tidak boleh dibawa masuk ke dewan bedah.

Bukan hanya pesakit sahaja yang perlu melakukan demikian, para doktor, jururawat, MA serta sesiapa sahaja yang ingin masuk ke dewan bedah perlulah menanggalkan pakaian mereka dan memakai pakaian dewan bedah yang telah disediakan!

Ini adalah kerana dewan bedah mahu mengekalkan sterliti atau kawasan suci kuman. Pakaian2 anda di luar dan pakaian dalam semestinya mempunyai kuman dan berpotensi merebak ke dalam luka anda apabila pembedahan dilakukan. Oleh itu spender dan pantist anda tak kira apa brand dari semahal Calvin Klein atau semurah brand ayam pasar malam wakaf che yeh perlu ditanggalkan. Pampes juga perlu ditanggalkan apatah lagi pampers yang sedang menakung najis! Ini adalah kerana kuman mmg amat suka untuk 'menginap' di pakaian khususnya pakaian dalaman anda.

Jika operation hendak dilakukan di sesuatu bahagian anggota badan, kawasan tersebut sememangnya perlu didedahkan. Kami bukan bomoh bedah batin yang boleh mengeluarkan batu karang dengan jari dari depan abdomen tanpa luka.

Tolong jangan keliru profesion kami dengan para bomoh tersebut.

Kawasan yang didedahkan sewaktu pembedahan oleh doktor adalah kawasan yang perlu sahaja. Selebihnya akan ditutup dengan draping towel yang tebal kerana kita tidak mahu kuman dari anggota badan pesakit yang terdedah merebak dan masuk ke dalam luka pembedahan.

Suhu di dalam dewan bedah juga adalah ditetapkan rendah antara 18 hingga 20 darjah celcius bagi mengurangkan aktiviti kuman. Jadi para perawat memahami pesakit kesejukan kerana berpakaian ringkas. Oleh itu pemanas/warmer dan tuala2 sterile yg panas akan digunakan untuk membungkus pesakit dan meminamakan sebanyak mungkin anggota badan yg terdedah. Kita tidak mahu pesakit mengalami hypothermia kerana ini akan memudaratkan pesakit dan meningkatkan pendarahan!
Jadi adalah amat tidak masuk akal dan tidak logik apabila dikatakan bahawa pesakit dibedah dalam keadaan bogel.

Pemikiran seperti ini mungkin terjadi akibat terlalu banyak menonton video2 tidak senonoh atau akibat fantasi peribadi yang tidak kesampaian.

Kesimpulan‬:

1. Terdapat banyak kisah karut yang berlegar di sekeliling masyarakat kita terutamanya dalam hal perubatan.

2. Masyarakat diseru supaya tidak mempercayai buta2 segala yang disampaikan kepada mereka terutamanya perkara yg sedang viral.

3. Sila siasat kesahihan dan bertanya (konsep tabayyun) sebelum menyebarkan berita yang tidak pasti.

4. Rujuklah kepada orang2 yang ahli dan berilmu dalam sesuatu bidang.

5. Warga hospital sentiasa berusaha melindungi dan menjaga maruah pesakit setiap masa.

6. Menjadi satu kesalahan yang amat berat seandainya maruah pesakit tidak dijaga dan didedahkan dengan sengaja dan tanpa sebab. Ia satu kesalahan etika pengamal perubatan yg boleh berhadapan tindakan di tamatkan perkhidmatan.

Semoga bermanfaat.


Sumber - Siakapkeli.my

Read more…

Monday, 23 November 2015

TERKINI! Mahkamah Buat Keputusan MENGEJUTKAN Terhadap Kes Dadah Benjy

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini melepas dan membebaskan pelakon Benjy dan rakan wanitanya daripada dua tuduhan memiliki syabu, Mac lalu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 38, dan Julia Ernie Jamaludin, 26, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kes itu.

Benjy dan Julia Ernie masing-masing didakwa memiliki dadah jenis Syabu 1.71 gram (g) dan 3.01 g di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, di sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan Julia Ernie untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 g syabu di tempat dan masa sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne.

Read more…

Penjelasan Sebenar Ramli MS Menyingkirkan Nizam Laksamana Malam Tadi Di Konsert Gegar Vaganza (GV2)

NIZAM Laksamana terkeluar di Gegar Vaganza (minggu keenam) di Auditorium Majlis Bandaraya
 
Shah Alam. - Foto Saifullizan Tamadi. SHAH ALAM: Konsert Gegar Vaganza musim kedua (GV2) menamakan Nizam Laksamana sebagai peserta yang tersingkir pada minggu keenam dengan tema Kenangan Terindah di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini. Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri tetap serta komposer, Pak Ngah atau nama sebenarnya Datuk Suhaimi Mohd Zain sebagai juri jemputan memilih Nizam kerana memberikan persembahan kurang menonjol berbanding peserta lain. 

Lapan penyanyi popular tanah air iaitu Nassier Wahab, Ezad Lazim, Nizam Laksamana, Acong Sweetchild, Haiza, Siti Nordiana, Azian Mazwan dan Faradhiya berjaya memukau 1,000 penonton yang hadir memberikan sokongan kepada bintang pilihan mereka. Bintang- bintang GV2 diuji dengan diberikan cabaran untuk menyanyikan lagu popular penyanyi lain yang diletakkan dalam senarai permintaan mereka. 

Musim kedua program realiti itu mendapat sambutan hangat daripada peminat dan artis tempatan, yang turut hadir bagi memberi sokongan kepada rakan seperjuangan mereka. Barisan peserta GV2 bakal meneruskan cabaran pada minggu hadapan dengan tema RockDut. Namun, Nizam masih punya harapan seandainya beliau menerima imuniti yang dipegang oleh penaja utama, Datuk Seri Vida atas nasihat barisan juri profesional.

Read more…

Friday, 20 November 2015

Gadis 17 Tahun Disahkan MENGANDUNG Selepas 'BERSAMA' Selimut Adik Lelakinya? Ini Sebabnya...

Alor Pongsu : Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun terkejut apabila diberitahu doktor bahawa dia mengandung semasa dia sedang buat pemeriksaan kerana tidak datang haid.

Selepas disoal siasat , gadis itu mengaku tidak pernah melakukan persetubuhan.

Ditanya tentang perkara perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan , gadis itu mengakui bahawa dia pernah menggunakan selimut kepunyaan adik lelakinya yang berumur 15 tahun.

Pakar Perubatan mengesahkan bahawa , gadis itu mengandung selepas menggunakan selimut adiknya yang mengandungi sperma hidup.

Read more…

Wednesday, 18 November 2015

Alhamdulillah... Siti Nurhaliza Hamil 8 Minggu, Bersalin Tahun Hadapan

Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza akhirnya disahkan hamil sekitar dua bulan selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga.

Berita kehamilan itu dilaporkan akhbar Utusan Malaysia semalam yang memetik sumber keluarga terdekat penyanyi itu.

Seluruh keluarga terdekat sudah mengetahui akan berita kehamilan itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah anak tiri Siti, Asyraf Khalid yang berlangsung pada 1 November lalu.

Bercakap tentang pilihan Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa untuk tidak terlalu terbuka akan soal kehamilan ini, sumber berkenaan memberitahu ia adalah satu tindakan yang dibuat atas soal berkaitan sensitiviti.

Hasil siasatan Utusan Malaysia juga, Siti Nurhaliza tidak terbang ke Palembang, Indonesia bagi meraikan majlis resepsi pernikahan Asyraf dan isterinya, Tya Ariffin yang berlangsung di sebelah pihak perempuan, malam ini.

Ia juga adalah atas nasihat doktor supaya penyanyi berkenaan tidak menaiki penerbangan dalam waktu awal kehamilannya.

Spekulasi kehamilan Siti Nur­haliza tercetus pada malam pertama konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya pada 7 November lalu apabila penyanyi Hetty Koes Endang secara tiba-tiba melarang Siti untuk menari di pentas sambil menunjukkan ke arah perut pe­nyanyi berkenaan.

Selain itu juga, gurau senda ke­dua-dua penyanyi berkenaan di pentas juga merancakkan lagi spekulasi mengenai kehamilan tersebut. Bagaimanapun baik Siti mahupun Khalid mengambil pendirian untuk tidak mengesahkan hal berkenaan atas alasan tersendiri.

Read more…