Showing posts with label Info terkini. Artis tempatan.. Show all posts
Showing posts with label Info terkini. Artis tempatan.. Show all posts

Tuesday, 15 December 2015

Wanita Berani Mati Tampil Dedahkan Punca Dan Kisah Perceraian Fasha Sandha Dan Jejai

Katanya PS Raja Noora sendiri dok canang ke kengkawan

#PS Noora = Mak Jejai

Buat FS, bertabahlah dan move on girl. U can do it. Kipidap.

Read more…

Monday, 14 December 2015

Punca Sebenar Dato Sri Vida Mengamuk Dihujung Konsert Gegar Vaganza Malam Tadi

Mesti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan Gegar Vaganza malam tadi bukan? Dan seperti yang ramai tahu pemenang yang sudah dijangkakan adalah Siti Nordiana, namun begitu ramai yang tidak percaya apabila Dato' Sri Vida bertindak luar jangkaan seolah-olah mengamuk untuk mempromosikan produknya. Namun begitu, itu adalah cuma kelakuan biasanya yang sebegitu, mungkin juga itu adalah teknik pemasaran beliau... Tahniah diucapkan!!

Read more…

Tuesday, 1 December 2015

Luahan Dina Nadzir Mengenai Pak Yus Ini Membuatkan Ramai Yang Menitis Air Mata

Gambar ni Pak Yus yg amik pastu share kat group. Memang la sebelom ni, kita bertegur pun tidak. Tp masa hari pertama Juara Parodi, Pak Yus adalah orang yg pertama skali tegur Dina.

Pastu kita mula rapat sebab Dina selalu menyibuk bila Kobis Pedas nak bermeeting. Sebab suka lepak ngan korang. Dah jadi rapat pulak. Pastu Pak Yus suka usik Dina panggil "baby" atau "b".

Dina tahu Dina org last yg Pak Yus follow kat instagram. Rupa2 nya, memang the very last ever.

Tp Dina harap Pak Yus tahu yang Dina sayang sangat kat Pak Yus, kagum sangat dengan bakat Pak Yus, dan senang sangat berkawan ngan Pak Yus.

Moga Pak Yus tenang di sana, dan Moga ALLAH tempatkan Pak Yus bersama hamba2NYA yang beriman. Amin.

Pak Yus.. Dina, Kak Misha, Kak Mimie, Nad and especially Tauke akan rindu Pak Yus sgt2.
Al-Fatihah.

Dipetik Dari Facebook Dina Nadzir

Read more…

Monday, 30 November 2015

AL-FATIHAH... Gambar Tatapan Terakhir Untuk Peminat Pak Yus

Rakaman video tatapan terakhir untuk peminat Pak Yus cetus kontroversi

‪#‎Terkini‬ - Gempar!!! Rakaman video tatapan terakhir untuk peminat Pak Yus cetus kontroversi. Perlu ke buat macam ni?? tak hormat langsung kelurga arwah... lagi foto dan video seterusnya...

Read more…

Wan Sharizon Dedah PERUBAHAN SIKAP Yus Jambu PETANDA Beliau Pergi Selamanya

KUALA LUMPUR: Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.

Wan Shahrizon yang sudah mengenali Yussry atau Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.

"Sepanjang mengenali arwah, dia suka bergurau. Bagaimanapun, sejak akhir-akhir ini saya dapati dia kurang bercakap. Selalunya dalam kereta dia suka berbual, tetapi kebelakangan ini lebih banyak mendiamkan diri.

"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.

"Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya," kata Shahrizon yang berada di sisi ketika Yus menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Shahrizon berkata, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.

Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.

"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.

"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan," katanya yang menemani Yus menjayakan persembahan itu.

Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.

"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi," katanya.

Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.

"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal," katanya.

Shahrizon berkata, arwah sebelum ini pernah mengalami masalah jantung dan kencing manis.

Jenazah Yus dibawa ke kampung halamannya di Perlis untuk dikebumikan, hari ini.

Yus yang juga anak bongsu dari tiga beradik, tidak pernah berkahwin. Salah seorang abang Yus juga dikatakan sudah meninggal dunia.


Sumber - BH Online

Read more…