Showing posts with label Gosip artis. Panas!!. Show all posts
Showing posts with label Gosip artis. Panas!!. Show all posts

Saturday, 28 November 2015

'Saya Bukan Isteri Kedua!!' - PANAS!! Isteri Arwah Harun Salim Bachik BIDAS Kenyataan Achey

Surianti tidak pernah bersikap meminta-minta sejak kematian suaminya.

KUALA LUMPUR: Balu kepada Allahyarham Harun Salim Bachik terkilan apabila kenyataannya terhadap pelawak Achey di media baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai pandangan negatif terhadapnya.

Surianti Mohd Nor, 35, berkata, dia tidak pernah berniat untuk memburukkan Achey sebaliknya sekadar menyatakan perkara sebenar memandangkan bekas peserta program Bintang Mencari Bintang (BMB) itu pernah mengeluarkan kenyataan tentangnya di sebuah portal hiburan atas talian sebelum ini.

"Macam-macam tuduhan orang lemparkan kepada saya apabila saya memberikan kenyataan tentang Achey baru-baru ini sehingga ada yang kata saya cuba meraih simpati dan wang.

"Sejak arwah meninggal dunia saya tidak pernah meminta simpati atau bantuan kewangan daripada sesiapa pun dan menggunakan kudrat yang ada dengan menjalankan perniagaan online untuk menyara keluarga saya.

"Saya cuma memberitahu perkara yang betul dan bukannya berbohong tetapi nampaknya kenyataan saya itu telah dipandang negatif oleh sesetengah pihak," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di kediamannya di Pandan Perdana di sini, Jumaat.
Freddie turut hadir memberikan sokongan ketika pertemuan yang diadakan di kediamannya di Pandan Perdana pada Jumaat.

Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez turut hadir pada pertemuaan itu.

Sebelum ini menerusi artikel mStar Online, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian Harun pada 8 Mac lalu.

Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.

Achey bagaimanapun dalam kenyataan balasnya menjelaskan terdapat salah faham mengenai perkara tersebut kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

Dalam pada itu, Surianti berkata, dia kesal dengan sikap Achey yang seolah-olah langsung tidak mengenalinya biarpun hakikatnya hubungan mereka akrab sebelum ini.
Surianti bersama dua anaknya akan berpindah ke Kulim, Kedah pada Isnin ini.

"Jika benar dia ingin bertanya khabar tentang saya dan anak-anak mengapa perlu menerusi pihak lain sedangkan hubungan kami sebelum ini sangat baik malah anak-anak juga rapat dengannya.

"Jadi apabila wartawan bertanya benar atau tidak dia ada bertanya khabar saya jawab tidak kerana pertanyaan itu tidak dibuat secara langsung kepada saya atau anak-anak," jelasnya.

Mengulas mengenai isu dia membangkitkan status perniagaan arwah suaminya yang dikongsi bersama Achey, Surianti mengakui dia tidak terlibat dalam sebarang urusan perniagaan tersebut.

Bagaimanapun kata Surianti, dia bersuara kerana ingin mengetahui situasi sebenar memandangkan Allahyarham ada membuat pelaburan dalam perniagaan tersebut selain ingin menuntut hak anak-anaknya.

"Seperti kenyataan dia sebelum ini dia sudah serah semua share perniagan yang dikongsi kepada keluarga, saya tidak tahu menahu mengenai perkara itu malah dikeluarkan daripada grup perniagaan berkenaan.
Harun dan Surianti berkahwin pada tahun 2000.

"Sepatutnya sebarang keputusan dimaklum kepada saya kerana saya balu arwah dan saya bersuara pun bukan kerana kepentingan diri sendiri tetapi untuk menegakkan hak anak-anak kami," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Surianti berkata, dia kesal apabila statusnya sebagai isteri Harun turut dipertikaikan apabila mengatakan dia isteri kedua arwah.

Jelas Surianti, dia adalah satu-satunya isteri Harun sejak 15 tahun lalu dan tidak pernah menjadi isteri kedua seperti mana didakwa sebelum ini.

"Semasa saya berkahwin dengan arwah dia sudah menduda selama lima tahun dan tiada istilah saya isteri kedua atau perampas. Pandangan negatif seperti itu benar-benar memberi kesan negatif kepada saya," katanya.

Surianti berkahwin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 22 Mei 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memiliki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Dalam perkembangan sama, Surianti berkata, dia bersama dua anak-anaknya nekad untuk berpindah ke kampung halamannya di Kulim, Kedah bagi memulakan kehidupan baharu di sana.

Dia mungkin akan kembali menetap di Kuala Lumpur pada masa hadapan namun hanya selepas kehidupannya kembali stabil.

"Sebenarnya anak-anak berat untuk berpindah kerana kehidupan dan rakan-rakan mereka semuanya di sini tetapi memandangkan kos sara hidup yang agak tinggi keputusan perlu dibuat.

"Alhamdulillah mereka bersetuju untuk memulakan kehidupan baharu di Kedah dan Insya-Allah kami akan berpindah pada Isnin depan," katanya.

Sementara itu, Freedie berkata, kehadiran Karyawan pada perjumpaan tersebut untuk memberi dorongan dan sokongan kepada keluarga Allahyarham.

Kata Freddie, pihaknya akan membantu Surianti bagi mendapatkan tapak perniagaan pada karnival melibatkan selebriti pada masa hadapan selain akan berusaha mendapatkan sebuah rumah sekiranya wanita berkenaan ingin kembali menetap di Kuala Lumpur pada masa hadapan.

"Karyawan sentiasa memberi sokongan kepada mereka sekeluarga terutamanya dalam kebajikan kedua-dua anak dan Karyawan akan sedaya upaya membantu Surianti mendapatkan tapak perniagaan di mana-mana karnival seperti mana diharapkan dalam mengembangkan perniagaan produk kesihatannya," katanya.

Read more…

Wednesday, 25 November 2015

KANTOI!! Punca SEBENAR Emma Maembong Beli Alat Uji Kehamilan TERBONGKAR

Niat pelakon Emma Maembong hanyalah untuk menolong kakaknya yang tidak larat membeli alat kehamilan, bagaimanapun perkara tersebut disalah anggap oleh pekerja farmasi berkenaan dan disangka mengandung.

Menceritakan hal sebenar kepada portal Media Hiburan, Emma mengakui dia pergi membeli alat tersebut namun belum sempat diterangkan untuk siapa, pekerja farmasi tersebut telah membawa Emma untuk bertemu dengan doktor dan memberitahu kes ‘sepertinya’ itu banyak berlaku.

“Belum sempat saya terangkan dia dah bawa jumpa doktor. Bila saya nak cakap, dia akan mencelah sampai saya tak dapat nak terangkan hal sebenar. Ada juga pelanggan lain yang dengar fasal hal ini”

“Sebenarnya kebetulan saya berlakon di hospital tersebut dan kakak saya Yaya minta saya belikan alat ujian kehamilan itu sebab dia tak larat. Bukanlah untuk saya tetapi untuk kakak saya”

“Bila diterangkan pada doktor dan doktor itu memahami. Bila ditanya pada pekerja farmasi tersebut, katanya dia teruja sebab Emma yang datang,” jelas Emma. Walau apa pun Emma bersyukur kerana kini kakaknya Yaya telah disahkan hamil anak sulung. Tahniah kepada Yaya Maembong kerana telah disahkan hamil anak sulung.

Read more…

Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dedah Sikap Buruk Achey Yang Sebenar. Kesiannya, Memang Tak Sangka.

Surianti (tengah) bersama dua anaknya. Gambar dari Facebook Surianti. 

PETALING JAYA: Balu pelawak Harun Salim Bachik terpaksa mengambil keputusan membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.

Surianti Mohd Nor, 35, berkata, sumber pendapatan menjual produk kesihatan Legasi Hsb tidak mencukupi bagi menampung kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah.

"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan.

"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian arwah pada 8 Mac lalu.

Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.

"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.

"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.

"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut," ujarnya.

Sementara itu, kata Surianti, dia pernah memohon untuk berniaga di karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri artis tetapi tidak dilayan.

Katanya, perkara tersebut membuatkankan dirinya semakin tertekan dan rasa tersisih dari masyarakat.

"Ada beberapa kali saya mohon untuk sertai karnival jualan tetapi tidak dibenarkan pihak penganjur kerana saya bukan artis, walhal isteri artis-artis lain boleh pula.

"Tidak apalah mungkin rezeki saya sudah tidak ada di sini dan saya ingin mula hidup baru di kampung. Anak-anak pula saya sedang dalam proses untuk tukar sekolah mereka di sana," ujarnya.

Surianti berkawin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memilki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.

Read more…

Tuesday, 17 November 2015

Hanis Zalikha Dikeji Dan Dihina Orang Ramai Kerana 'Menciplak' Design Tudung Orang Lain?


Industri fesyen muslimah adalah satu industri yang sedang giat berkembang di negara ini dan menjadi satu fenomena. Banyak syarikat perniagaan fesyen muslimah tumbuh bagai bertih jagung dipanaskan dalam ketuhar kerana menyedari potensi perniagaan dalam bidang ini. Turut menceburkan diri dalam bidang ini ialah Hanis Zalikha dengan perniagaan Shawl yang diberi nama Cakenis™ .
 
Gambar: Instagram Hanis Zalikha 

Baru-baru ini Cakenis telah memperkenalkan apa yang dikatakan oleh mereka satu inovasi pertama di Malaysia dalam fesyen Shawl muslimah iaitu shawl segera menggunakan cangkuk. Dengan cara ini, shawl boleh dipakai tanpa perlu disemat menggunakan pin, sebaliknya dicangkukkan saja.

Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram telah memberi komen di Instagram Cakenis mendakwa satu jenama lain telah mengeluarkan shawl cangkuk sejak 2014 iaitu Mirage Instant Pinless Shawl.

Ibu Hanis, Nani Rostam mendakwa tidak mengenali sesiapa yang membuat hijab cangkuk sebelum ini dan lambat memperkenalkan diri.
Namun begitu penguna Instagram itu mendakwa kelakar bagi Hanis Zalikha untuk mengatakan idea shawl cangkuk itu ilham dirinya kerana shawl seperti itu sudah wujud sejak 2014, dan meminta kajian dilakukan sebelum membuat pemasaran. Keseluruhan gosip dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Read more…

Monday, 16 November 2015

MELAMPAU!! [10 FOTO] Artis Yang Berpakaian Seperti Syaitan Di Malam Gala DHerb. Pasti Anda Kenal Artis Ini.

HEBAT!! Gaya artis yang hadir di acara DHerbs Gala Night 2015. Macam-macam kostum gempak yang diorang pakai.

Paling comel Fasha Sandha yang hadir sebagai Elsa. Cantik!! 

Malam ini berlansungnya acara DHerbs Gala Night 2015. Acara khusus yang diadakan oleh pengasas DHerbs, Dato Aliff Syukri bertemakan fantasi.

Rata-rata tetamu yang hadir memperagakan kostum-kostum terkenal dari rancangan fantasi. Tertarik kami melihat Fasha Sandha yang hadir malam ini sebagai Elsa, watak penting dalam siri kartun Frozen yang digilai kanak-kanak.

Jom lihat beberapa foto majlis tersebut.

Read more…