Showing posts with label Isu semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu semasa. Show all posts

Tuesday, 17 November 2015

KANTOI!! Patutlah MASIN!! Jangan Terkejut Tengok Makcik Ini Proses Sayur Dengan....

Gambar tiga wanita sedang membuat sayur masin tersebar di laman sosial baru-baru ini mengundang rasa loya netizen.

"Ini bukan setakat masin, pakej masam sekali!" kata netizen.

Gambar yang tersebar itu tidak diketahui lokasi sebenarnya. Namun apa yang boleh kami pastikan ialah perkara itu tidak berlaku di Malaysia dan berkemungkinan besar berlaku di negara jiran berikutan pencarian kami mendapati gambar tersebut mula dimuat naik ke laman sosial dari negara berkenaan.

Bagaimanapun, netizen mempertikaikan tahap kebersihan sayur masin yang disediakan itu berikutan tiga wanita terbabit masuk ke dalam 'kolam' yang digunakan untuk merendam sayur sawi tersebut bagi memilih sayur-sayur masing itu diletakkan dalam bekas besar untuk dibungkus dalam paket.

"Aduh, itu kan makanan. Sudahlah tidak mematuhi kebersihan, manalah tahu berpeluh ke, badan berkurap ke, berkudis ke, boleh pula diorang masuk dalam kolam rendam macam tu je. Hilang selera aku nak masak sayur masin hari ni," kata Alfiah.


Sumber - THEHYPEMEDIA.COM

Read more…

Monday, 16 November 2015

GEMPAR!! Suami Buat Tindakan GILA Pada Isteri Kerana Tolak Ajakkan Bersetubuh Depan 5 Orang Anak

Salina tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan kepayahan hidupnya.

PASIR GUDANG - Gara-gara suami yang bersikap cemburu terlampau, seorang wanita hidup menderita selepas ditinggalkan suami September lalu.

Salina Ahmad, 33, (bukan nama sebenar) berkata, kehidupannya dihimpit kepayahan dalam menyara lima anak yang berusia tiga hingga sembilan tahun, apatah lagi sedang mengandung anak keenam.

Menurutnya, kesabarannya sudah benar-benar teruji selepas hampir 10 tahun hidup terseksa mental dan fizikal kerana sikap suami yang bukan sahaja panas baran dan terlalu cemburu, malah gagal dalam menyediakan kewangan keluarga.

“Saya tertekan hidup kami dalam serba kekurangan kerana dia bekerja tidak menentu, tetapi menuduh saya curang dengan lelaki lain apabila saya ingin bekerja membantu menambah pendapatan keluarga.

“Saya akhirnya hilang sabar selepas dia mendesak melakukan hubungan suami isteri dalam keadaan telanjang bulat di depan anak-anak pada malam hari raya haji lalu.

“Dia marah sehingga melafazkan cerai apabila saya menolak kemahuannya dan enggan kembali ke pangkuannya walaupun sesekali datang menjenguk anak-anak,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Kampung Plentong Baru, di sini, kelmarin.

Salina berkata, mereka enam beranak terpaksa mengikat perut kerana tiada punca pendapatan selepas gagal mendapat pekerjaan disebabkan sedang hamil tujuh bulan.

Menurutnya, rumah pusaka yang didiami juga bukan sahaja bocor, malah menanti untuk roboh selepas sebahagian besar dinding sudah dimakan anai-anai.

“Saya hanya mengharap belas ihsan ayah yang sudah tua menghulurkan makanan sehingga kadang-kala anak-anak saya hanya makan nasi berkuahkan minyak masak.

“Kalau tak ada beras langsung saya berikan mereka ubi kentang yang digoreng dengan bawang atau jemput-jemput pisang untuk mengisi perut.

“Saya merayu supaya diberikan tempat tinggal kerana saya sebenarnya takut tinggal di rumah ini. Lagipun saya mahu memulakan hidup baharu dengan bekerja untuk menyara anak-anak saya selepas bersalin nanti dan berpeluang menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya.

Read more…

[5 FOTO] Wajah Sebenar Krisdayanti Tanpa Make Up PASTI Buat Ramai Peminat Terkejut

Pasti ramai mengenali artis popular bernama Krisdayanti ini yang sentiasa tampil dengan make-up yang tebal di setiap pesembahannya.

Tapi mampukah anda mengenalinya jika tanpa make up?
Krisdayanti yang kelihatan berpeluh tidak memakai sebarang alat solek semasa bersukan. Ibu empat anak ini menunjukkan wajahnya yang sebenar tanpa make-up yang di muat naik di akaun Instagramnya.

Read more…

Sunday, 15 November 2015

GEMPAR!! Seorang Wanita Diugut Tukar Agama Untuk Mendapatkan Anaknya Kembali

Seorang guru wanita hanya sempat menatap wajah anaknya yang baru berusia enam hari sebelum bayi tersebut dilarikan bekas suami yang juga seorang mualaf sejak April lalu.

Lebih menyayat hati, dia dihalang untuk berjumpa dengan anaknya yang dipercayai dijaga bekas mentua. Ada syarat yang ditetapkan untuk bertemu semula dengan anaknya iaitu harus menukar agama kepada kristian.

Gagahkan diri walau masih berpantang

Menceritakan peristiwa terbabit, selepas beberapa hari melahirkan bayinya itu Norbaizura Idris pulang ke rumah bersama suami.

Namun tanpa sebarang alasan munasabah bekas suami menceraikannya dengan talak tiga dan membawa bayi tersebut bersama anak sulungnya.

Pada 22 April lalu bekas suami tanpa sebarang alasan yang munasabah menceraikan saya dengan talak tiga sebelum dia bersama bekas ibu mentua membawa Khayla Qaireena dan anak sulung saya, Keisha Qaisarah ke rumah mertua di kuarters di Bukit Chagar di sini pada keesokan harinya tanpa pengetahuan saya.

Saya yang masih berpantang ketika itu menggagahkan diri pergi ke rumah bekas mentua bagaimanapun tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak saya.

Tukar agama

Wanita ini bagaimanapun berjaya menyakinkan bekas suaminya uuntuk membawa anak keduanya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan demam kuning namun masih tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan kedua-dua anaknya itu.

Malah semenjak itu dia tidak lagi berjumpa dengan bekas suami dan ibu mertuanya didakwa telah melarikan diri bersama kedua-dua anaknya itu.

Bila saya pergi ke rumah bekas mentua, hanya yang tinggal bekas bapa mentua saya sahaja yang seolah-olah tidak mahu membantu saya dan mendakwa tidak mengetahui di mana bekas suami dan anak-anak saya berada.

Apa yang memeranjatkan saya ialah bekas bapa mertua memberitahu saya supaya menukar agama kepada Kristian bagi membolehkan rumah tangga saya diselamatkan sekali gus dapat disatukan kembali dengan anak-anak saya.

Mahkamah sama pada 17 Ogos lalu telah memberikan hak penjagaan penuh kedua-dua anaknya itu kepadanya namun masih lagi tidak dapat bertemu mereka.

Read more…

Saturday, 14 November 2015

GEMPAR!! [VIDEO] Lagi Kes Perempuan Bergaduh, Yang BERPURDAH Pun 'Join' Belasah Mangsa

Sedang viral di laman sosial masa kini adalah rakaman video aksi pergaduhan antara 4 wanita yang dipercayai berlaku di sebuah kawasan letak kereta.

Menerusi rakaman berdurasi 39 saat itu, seramai tiga wanita 'membelasah' seorang mangsa yang terbaring di lantai.

Lebih mengejutkan, juga terdapat seorang wanita berpurdah yang turut menendang mangsa lebih dari sekali.

Manakala seorang lagi wanita dilihat menendang di bahagian kepala mangsa beberapa kali sebelum dihentikan oleh seorang rakannya dengan berkata, "tak payah main kepala, kepala tak payah".

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan dimana dan apakah punca kejadian ini berlaku.

Tonton video di bawah:


Read more…

GEMPAR!! Punca Sebenar LETUPAN Bomb Yg Meragut Ratusan Nyawa Di Paris Akhirnya Terjawab

Read more…

Wednesday, 11 November 2015

KEJAM!! Remaja Lelaki Rogol Budak 13 Tahun Sampai Masuk Hospital??

Sebuah gambar seorang lelaki yang di dakwa merogol seorang gadis remaja berumur 13 tahun tersebar di media sosial seperti facebook dan aplikasi whatsapps,lelaki berkenan masih dalam pemburuan pihak berkuasa.

ketua polis daerah Deputi Superitenden Mohamad Firdaus Abdullah berkata, suspek yang masih bebas itu dikenali sebagai Mazlan Majed, 21, dan alamat terakhir suspek ialah di Jalan Tenom Lama
“Suspek telah melakukan kesalahan merogol seorang remaja perempuan bawah umur di Wilayah Persekutuan Labuan baru-baru ini,” katanya.

Setelah gambar suspek di muat naik oleh salah satu anggota keluarga mangsa di laman facebook miliknya,isu itu menjadi viral ,apabila salah seorang keluarga suspek (kakak) membuat satu kenyataan yang mengejutkan bahwa sebenarnya adiknya Mazlan Majed (suspek) tidak membawa mangsa lari dari rumah,malah mangsa yang melarikan diri disebabkan tidak tahan kena kongkong oleh keluarganya ,seperti kenyataan mangsa dalam Akaun facebooknya.












Disamping kes yang mulai hangat mengenai kedua remaja tersebut timbul pulak spekulasi budak dirogol beramai ramai dengan wajah suspek kes larikan gadis remaja 13 tahun.semua warga facebook semakin pening dengan kemunculan berita berkenan,sehingga salah seorang pengguna facebok membuat satu kenyataan sebenar mengenai spekulasi itu.
 






Menurut info yang kami dapat Mazlan Majed telah menipu keluarga mangsa dimana keluarga itu memberi kepercayaan terhadap suspek yang menjadi teman lelaki kepada gadis berusi 13 tahun itu.



Cakkalakababy Cappieyz: adik kau kurang ajar mcam tiada adap , tidak gentle kasi tinggal anak dara orang siring jalan buat apaa , lepas tuu kenapa mahu lari dari polis semalam klu betul dia x salah kenapa mahuu lari . kenapa dia mahu lari jawap dulu ? berani kerana benar takut kerana salah . kau x nmpak apaa yg terjadi jgn tahu cakap.

klu lelaki tuu ada otak dia jgn ambil bhh tu perempuan di tenom , kastam labuan bagi maklumat hari jumaat moto dia masuk labuan jam 8 malam . itu nma nya tidak bawa khh lagi ? dia umur 20 c aida tu 13tahun knapa dia tidak matang mahu ikut permintaan seorang budak berumur 13 tahun yg tidak matang . mcam mn mahu tarik kes klu dia lari dari kesalahan lari dari polis semalam . sekali lagi aku ckap aa tkut kerana salah , berani kerana benar.

Apa pun akhir dari kes ini sebelum mangsa dan suspek membuat pengakuan jangan membuat spekulasi yang menimbulkan epek yang kurang baik sebagai mana yang kitakan oleh ,Ketua Polis Daerah, Deputi Superitenden Mohamad Firdaus Abdullah.

Diminta pada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif berkaitan kes tersebut yang boleh mengganggu siasatan pihak polis dan tidak membuat tindakan sendiri yang boleh mengakibatkan kejadian yang tidak diingini kerana tindakan mencederakan mana-mana suspek yang dihendaki pihak polis boleh dikenakan tindakan undang-undang sedia ada.

SUMBER ASAL

Read more…

[4 FOTO] TERKINI Ryyan Nakhaie Wajah Comel Anak Lelaki Siti Nordiana Selepas Berusia 7 Tahun

Sudah bergelar janda selama 6 tahun, penyanyi Siti Nordiana bagaimanapun masih belum terfikir soal kahwin kerana tidak mahu anaknya Ryyan Nakhaie rasa tersisih.
Masih ingat lagi wajah comel Ryyan Nakhaie anak lelaki Siti Nordiana yang dulu, namun inilah 4 foto terbaru Ryyan pada usia 7 tahun yang bikin korang terbeliak mata

"Jujurnya jika bercakap soal kahwin saya tidak cukup kuat untuk mengharungi alam rumah tangga buat kali kedua selepas pernah bercerai sebelum ini. Kalau boleh biarlah perkahwinan itu nanti akan kekal sehingga akhir hayat. Kebimbangan saya juga adalah terhadap anak yang mungkin akan rasa tersisih sekiranya kemunculan lelaki lain dalam hidup kami."

Sumber : Bulletin Media

Read more…

NGERI!! Penyamun Maut, Terima Balasan CASH Selepas Menyamun Seorang Lelaki

JOHOR BAHRU: Belum sempat mengagih hasil samun, dua lelaki maut ketika cuba melarikan diri.

Itulah yang terjadi apabila kereta yang dinaiki dua penyamun berkenaan bertembung dengan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat di Taman Pelangi, Johor Bahru awal pagi Isnin.

Sebelum kemalangan, kedua suspek dipercayai telah menyamun seorang lelaki berusia 33 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata mangsa ketika itu turun daripada kenderaannya untuk membeli makanan.

Mangsa kemudiannya didatangi suspek yang bersenjatakan parang 12 inci yang merampas beg sandang miliknya dan melarikan diri menaiki sebuah kereta Toyota Vios yang dipandu seorang lagi suspek.

Mangsa kemudiannya bertindak mengejar suspek sejauh 2.5 kilometer sebelum kenderaan suspek hilang kawalan dan bertembung dengan trak pikap tersebut.

Kejadian itu mengakibatkan kedua-dua suspek maut ditempat kejadian manakala penumpang trak berkenaan patah kaki dan pemandunya cedera ringan.

Tambah Kamarul, seorang daripada suspek mempunyai lima rekod jenayah lampau melibatkan penyalahgunaan dadah manakala seorang lagi baru melakukan jenayah kali pertama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Astro Awani

Read more…