Showing posts with label Info terkini. Isu semasa.. Show all posts
Showing posts with label Info terkini. Isu semasa.. Show all posts

Tuesday, 15 December 2015

GEMPAR!! Selfie Terakhir Gadis Baju Biru Tudung Pink & Seluar Sudah Dijumpai Namun Jasad Belum Ditemui

KUCHING : Satu lagi klu baharu iaitu penemuan seluar hitam milik jururawat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 tahun dari Tangkak, Johor yang dipercayai hilang 3 hari lalu di Pasir Panjang di Kuching dijumpai petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii memberitahu ia dijumpai di tempat yang sama baju dan tudung ditemui.
Ketika itu, jelasnya beliau memantau bersama 6 anggotanya di kawasan yang sama iaitu 3 kilometer dari tempat kejadian dan kurang 5 minit anggota bomba yang lain menjumpai seluar tersebut hanyut dibawa gelombang dan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha.

Beliau menjelaskan, rakannya mengesahkan bahawa ia merupakan seluar mangsa yang digunakkanya pada hari kejadian.

Sehubungan itu, Tiong memberitahu pihaknya dengan bantuan JPAM, APMM serta pasukan polis akan meneruskan operasi sehingga 7 malam dan mereka akan lebih fokus kepada kawasan pakaian mangsa ditemui dan kemungkinan mangsa juga akan ditemui di tempat yang sama.

Manakala di bahagian darat pula akan diteruskan sehingga malam.

Seluar tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk ujian forensik.

Pada pukul 1.00 petang tadi, anggota JPAM menjumpai baju, tudung dan pin tudung yang disyaki terahkir dipakai mangsa di lokasi yang sama.

Read more…

Monday, 14 December 2015

‘Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya, Dia Tengah Sarat Mengandung !’

Gambar Hiasan 

Melaka: “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak untuk dijaga, susah untuk dia datang ke sini (balai polis),” rayu seorang penjawat awam yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam perlumbaan kereta haram di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi, penjawat awam berusia 30 tahun itu antara dua yang ditahan ketika baru menamatkan tiga pusingan perlumbaan haram menggunakan laluan itu sebagai litar.

Dia dan seorang lagi yang ditahan ialah pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berusia 23 tahun kemudian di bawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, dua lelaki itu ditahan di stesen minyak Petronas Krubong, sejurus menamatkan pusingan perlumbaan, namun ketika dihampiri anggota polis mereka berlagak selamba bagi mengelak ditahan.

“Namun, wajah kedua-duanya berubah dan menjadi kelam kabut sambil mempersoalkan sebab mengapa mereka ditahan selain berlakon seolah-olah tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Cawangan Trafik IPD Melaka Tengah dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota, bermula 11 malam hingga 4 pagi.

“Mengikut maklumat yang kami terima, 30 hingga 40 kereta pelbagai jenis terbabit dalam lumba haram di beberapa jalan di daerah ini dan sebelum dua suspek terbabit ditahan, kami mendapat maklumat tiga kereta sedang berlumba di Lebuh SPA.

“Pusingan perlumbaan bermula dari Stesen Minyak Petronas ke persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat dan berpatah balik ke stesen minyak terbabit.

“Dua suspek ini bersama seorang lagi yang meloloskan diri memandu dalam keadaan berbahaya iaitu berlumba pada jarak kira-kira dua kilometer yang diulang beberapa pusingan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dua suspek terbabit adalah antara kumpulan yang sering berlumba kereta di beberapa lokasi di sekitar Auto City, Lebuh SPA, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Cheng serta Lebuh AMJ berhampiran Melaka Sentral.

Menurutnya, kedua-dua pemandu itu memandu secara melulu dan tindakan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal.

“Difahamkan mereka tidak bertaruh wang tapi bertaruh ego dan bangga dengan kelajuan kereta yang sudah diubahsuai,” katanya.

Shaikh Abdul Adzis berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM15,000.

“Dua kereta iaitu Proton Saga BLM dan Proton Wira yang dipandu suspek ketika berlumba akan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melakukan pemeriksaan enjin,” katanya.

Sementara itu tinjauan Harian Metro mendapati, puluhan kereta diparkir di tepi jalan di Lebuh SPA dipercayai menunggu giliran dan ramai juga datang untuk menyaksikan perlumbaan haram itu.
PENJAWAT awam (dua dari kiri) dicekup selepas beraksi dalam lumba haram.

Read more…

Thursday, 26 November 2015

Akibat Melakukan Hubungan Sesama Jenis. Akhirnya, Pengkid Ini Dijatuhkan Hukuman MATI

ALOR SETAR – Seorang wanita berperwatakan seperti seorang lelaki yang bertindak menikam bertubi-tubi teman rapatnya sehingga maut akibat cemburu tahun lalu akhirnya dijatuhkan hukuman mati.

Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Ooi Ai Peng, 34, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ai Peng yang bekerja sebagai penjaga stor disabitkan bersalah membunuh Suhana Mohd. Shariff, 26, yang juga merupakan rakan sekerjanya di belakang rumah kedai, Taman Kristal di sini kira-kira pukul 10 malam, 3 Mac tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim berkata, mahkamah mendapati semua keterangan pembelaan tertuduh adalah bersifat penafian dan keterangan difikirkan kemudian (after thought).

Katanya, tertuduh dalam pembelaannya memberitahu mangsa bertindak menikamnya terlebih dahulu sebelum tertuduh merampas pisau lalu tertikam mangsa ketika bergelut untuk mempertahankan diri.

Kejadian berlaku di dalam kereta si mati yang mana tertuduh berada di tempat pemandu manakala si mati duduk di kerusi penumpang hadapan.

“Selepas diteliti, kecederaan tertuduh iaitu di bahagian hadapan kedua-dua pergelangan tangan dengan kesan garis lurus dilakukan tertuduh sendiri selepas dia bertindak menikam badan sendiri,” katanya.

Zakiah berkata, kecederaan pada mangsa pula adalah antaranya luka di ibu jari kiri, tikaman di tangan kanan serta hujung bawah lengan kanan serta luka hirisan sepanjang 4.5 sentimeter pada paha kiri.

“Melihat kecederaan si mati, kita dapati tertuduh cederakan si mati dan si mati cuba mempertahankan diri sebelum keluar dari kereta untuk meminta pertolongan.

“Jadi, pembelaan tertuduh yang mengatakan dia cuba mempertahankan diri tidak diterima kerana ada saksi yang melihat tertuduh menikam si mati sebelum tikam diri sendiri,” ujarnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nor Hasnita Wan Daud sementara tertuduh diwakili peguam, Burhanudeen Abdul Wahid.

Dalam pada itu, ibu kepada Allahyarham Suhana, Zaharah Idrus, 60, ketika ditemui di luar kamar mahkamah bersyukur kerana pembunuh anaknya menerima hukuman setimpal.

“Setiap malam saya berdoa agar pembunuh anak mak cik mendapat balasan setimpal dan hari ini doa itu dimakbulkan,” jelasnya.

Read more…

GEMPAR!! Adik Kevin Morais BONGKAR Rahsia Pembunuh Sebenar Abangnya. Memang Tak Sangka!!

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Adik kepada mendiang Kevin Morais mendakwa kematian abangnya ada kaitan dengan siasatan rasuah yang melibatkan seorang pemimpin dan isterinya.

Charles Morais membuat pengakuan dalam akuan bersumpah yang mendakwa adiknya dibunuh pada September lalu sedang menyiasat kes yang membabitkan seorang pemimpin dan isterinya.

“Tiga bulan sebelum Kevin meninggal dunia, dua memberitahu saya bahawa pemimpin itu adalah ‘lelaki dahsyat’ dan isterinya adalah lebih dahsyat ,” katanya sambil menambah mereka berdua berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka kerana gusar perbualan itu dirakam.

“Kevin takut perbualan kami ‘dirakam’, oleh itu kami bercakap dalam bahasa ibunda kami,” katanya.

Charles juga berkata dia tidak berpuas hati dengan laporan bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurutnya, laporan pertama mendapati Kevin berkemungkinan mati kerana lemas.

“Ini membuatkan saya ketawa kerana hanya ada satu baris dalam laporan itu. Ia tidak menjelaskan lebih lanjut,” katanya.

Disebabkan itu, Charles memfailkan perintah mahkamah untuk bedah siasat kali kedua. Pengurusan kes ditetapkan pada 4 Disember depan.

Berikutan kes pembunuhan Kevin Morais, seorang anggota tentera dan enam lagi yang lain didakwa di Mahkamah Majistret pada 28 September lalu.

“Saya tidak percaya Kevin telah dibunuh kerana dia mendakwa kakitangan kerajaan terlibat dengan rasuah.

“(tetapi) Saya percaya dia mati kerana dia ‘tahu terlalu banyak’ mengenai perbuatan jenayah oleh mereka yang berkedudukan tinggi.", kata Charles memetik laporan FMT.

Selain dari memfailkan perintah mahkamah itu, Charles juga turut mendedahkan Kevin Morais ada menghantar satu pen drive kepadanya sebelum dia dibunuh.

"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.

"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah itu.

Sementara itu, Ketua Polis Negara berkata maklumat di dalam pen drive itu perlu dikongsi dengan pihak polis supaya tindakan dapat diambil.

"Saya cadangkan dia kongsi maklumat dengan kami supaya tindakan yang dapat diambil.

"Kita tidak boleh bertindak jika kita tidak mempunyai maklumat mengenai rahsia Kevin,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Tambah beliau juga, keengganan berbuat demikian adalah juga satu perbuatan jenayah.

"Jika dia (adik) mengetahui bahawa kesalahan tertentu berlaku tetapi enggan mendedahkannya, dia juga lakukan satu kesalahan," katanya.

Mengulas soalan bagaimana sekiranya polis menuntut untuk mendapatkan pen drive tersebut, Khalid berkata "Pihak polis boleh mahu banyak perkara. Saya ingin tahu siapa yang membunuh abang saya."
 

Read more…

Monday, 23 November 2015

[7 FOTO] Gambar Pelakon Popular Ditemui Mati Lemas Di Air Terjun Bidor Semalam

Gambar Pelakon Popular Ditemui Mati Lemas Di Air Terjun Bidor|Ipoh: Mayat pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang, Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, hari ini.
L Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.
“Operasi kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap,” katanya.Som Sak berkata, mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya, dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300 meter dari lokasi kejadian.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.
Filem pertama lakonannya bertajuk ‘Ka Ka Ka Po’ dan bakal ditayangkan, Disember ini.

Dia sepatutnya berlepas ke Chennai, hari ini, bagi membuat persiapan terakhir bersempena majlis pelancaran serta tayangan perdana filemnya. 

Gambar sekitar penemuan mayat pelakon kollywood

Sumber: Bernama. Harian metro.

Read more…

GEMPAR!! Sanggup Tikam Leher Bapa Kandung 2 Kali Kerana Tidak Restui Hubungan Sejenis

GAMBAR HIASAN 

Gadis Tikam Leher Bapa Dua Kali Akibat Tak Restui Hubungan Sejenis| Seorang gadis yang berusia 18 tahun sanggup menikam leher bapa sendiri akibat tidak merestui hubungannya dengan seorang gadis. 

Dalam kejadian yang berlaku di rumahnya di Taman Desa Bakti, Jinjang kira-kira jam 10.45 pagi tadi. 

Menurut ketua daerah sentul Asisten Komisioner R. Munusamy.kejadian itu berlaku akibat dari anak mangsa yang tidak berpuas hati dan mengamuk apabila bapanya itu tidak meretui hubungannya dengan seorang gadis.

Remaja berusia 18 tahun itu mula mengamuk dan menyerang bapanya, selepas hubungannya dengan seorang perempuan dihalang keluarga. 

"Siasatan awal mendapati ketika pertelingkahan berlaku, suspek dikatakan mengambil sebilah pisau pemotong sayur dan bertindak menikam bapanya sendiri dileher sebanyak 2 kali.
"Suspek berusia 18 tahun sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya ketika di tanya Astro Awani. 

Mangsa yang berumur 45 tahun terpaksa di bawa ke Hospital Selayang oleh ahli keluarga yang lain untuk mendapat rawatan setelah kejadian berlaku.

Read more…

Saturday, 21 November 2015

MashaAllah!! Keadaan Mangsa Dihempap Lori, Kejadian Lori Terbalik Yang Berlaku Semalam

Bentong: Suami isteri nyaris maut selepas kereta dinaiki mereka dihempap lori membawa muatan besi bunga di kilometer 43.4 lebuh raya Kuala Lumpur-Karak, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa berusia 60 tahun yang memandu kereta sedang dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke Kuantan bersama isterinya, 55,.

Bagaimanapun setibanya di lokasi kejadian, lori yang dipandu lelaki berusia 33 tahun di lorong sebelah tiba-tiba hilang kawalan dan terbalik sebelum menghempap kereta itu menyebabkan kedua mangsa tersepit di dalam kenderaan mereka.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mansor Mohamad Nor berkata, akibat daripada kejadian itu, semua mangsa termasuk pemandu lori tersepit sebelum dikeluarkan oleh pihak Bomba dan dihantar ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan pesakit luar.

Menurutnya, pihak pengurusan lebuh raya, Anih Bhd sudah mengambil tindakan segera membersihkan jalan daripada muatan besi yang bertaburan atas jalan dan kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Read more…

Pekerja JPN Buka Mulut, Buat Kenyataan Balas Ekoran Isu Viral

Semalam, kisah seorang dua orang pekerja JPN menjadi viral kerana didakwa amat biadap kepada pelanggan.

Pelanggan itu tidak berpuashati dengan layanan dan jawapan dari pekerja tersebut ketika ingin membuat kad pengenalan yang baru setelah hilang.

Ini cerita nya:
Kemudian pekerja JPN itu tampil membuka mulut membuat kenyataan balas untuk menjawab segala dakwaan yang dilemparkan kepada dirinya.

Dia menjelaskan bahawa wanita itu yang berperangai seperti kekwat dan tidak mengikut prosedur.

Ini komennya:

Sumber: sembangterbang.blogspot.my

Read more…

GEMPAR!! Punca SEBENAR MAYAT Bergelimpangan Di Atas Jalan Raya Di Beaufort Sabah???

Kucinghappy.com - Terkejut kucinghappy selepas melihat 'mayat' bergelimpangan di Beaufort dalam kejadian sebentar tadi...

Namun selepas membaca dari komen seorang pengguna facebook, rupa-rupanya ini hanya satu latihan amal bencana luaran negeri Sabah.

Kata seorang pembaca:

"Bikin suspen ja kan mcm real tapi sebenarnya Latihan amal Bencana Luaran dengan kerjasama :-

- JPAM
- Jabatan BOMBA
- Ibu Pejabat Polis Beaufort
- Jabatan Keretapi Beaufort
- Pejabat Kesihatan Kawasan Beaufort
- MKN
- Petronas Beaufort

Tarikh : 13 Oktober 2015
Lokasi : Kawasan Bingkul berdekatan Stesyen Petronas


Sumber: facebook / KucingHappy

Read more…

Bunuh & Rogol: Akhirnya Polis Berjaya Tahan Suspek Utama, Rupanya Bukan 6 Orang Nepal Tu.

MUAR: Polis Johor telah menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan kejam seorang kerani sekolah agama di Taman Setia Kasih Sungai Terap, Bukit Pasir di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Kamarul Zaman Mamat berkata suspek berumur 30 tahun yang merupakan jiran terdekat mangsa di taman perumahan itu, ditahan pada pukul 6 petang tadi.

"Suspek yang juga seorang pegawai kerajaan telah berkahwin dan mempunyai dua anak," katanya dalam satu kenyataan kepada media malam Jumaat.

Akhbar sebelum ini melaporkan kerani sekolah agama, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, ditemui terbaring dengan kesan jerutan di lehernya di depan pintu bilik utama rumahnya Isnin lalu.

Mayat mangsa ditemui jiran selepas enjin kereta Honda Civicnya tidak ditutup selama empat jam bermula pukul 2 petang, selain pintu pemandu kereta dan pintu rumah terbuka menyebabkan jiran terasa pelik dan mencarinya.

Polis kemudian bertindak menahan enam lelaki warga Nepal berumur 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran selang beberapa jam selepas menemui mayat mangsa bagi membantu siasatan.

Kamarul Zaman berkata suspek ditahan berikutan gagal memberikan keterangan yang memuaskan kepada polis semasa siasatan dijalankan.

"Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan juga turut mempunyai dua rekod jenayah lampau membabitkan jenayah kekerasan dan memiliki dadah," katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada masyarakat yang telah menyalurkan maklumat kepada polis dalam membanteras jenayah kejam itu.

Semalam polis Muar juga telah mengambil keterangan hampir 10 pengguna laman sosial Facebook bagi mengesan dalang sebenar penyebaran berita dan gambar bersabit kes pembunuhan itu yang telah menjadi viral.

Read more…

Friday, 20 November 2015

"Bagus! Dah Kurang Sorang Nepal! Tak Payah Suci Sangat Nak Ucap Takziah!" - Netizen

Parit Buntar: Mayat pengawal keselamatan ditemui di dalam longkang di hadapan bangunan Local Agenda 21, Taman Damai, di sini, petang tadi.

Mayat lelaki itu ditemui oleh pelajar sekolah yang melalui kawasan berkenaan kira-kira 2 petang.
Ketua Polis Daerah Kerian Superindan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa adalah warga Nepal yang dikenali sebagai Pushkar Singh Gurung, 38 dan bekerja sebagai pengawal keselamatan di pasar raya berhampiran.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai tergelincir dan jatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air itu.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan masih menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian, namun setakat ini pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah dan kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya.

Apa yang menyedihkan komen-komen yang diberikan kepada mangsa ini sangat menyedihkan kami. Hanya kerana 6 orang nepal yang di tuduh, seluruh warga nepal di benci. Lihat komen-komen di bawah:

Read more…

[6 GAMBAR] AllahuAkhbar... Sayu & Sedih Lihat Jasad Si Kecil Ini Maut Akibat Bapa Tidak Menggunakan Jejantas

Sorang bayi maut manakala bapanya parah akibat di langgar di depan flat sri stulang pagi tadi, kemalangan ini berlaku akibat bapa dan bayi nya melintas jalan tanpa menggunakan jejantas.

Apa yang berlaku mendapat simpati orang ramai yang berada dikawasan terbabit, ada yang mengecam tindakan bapa berbabit kerana tidak menggunakan jejantas yang hanya beberapa meter dari tempat kejadian.
Apa-apa pun sangat sedih melihat jasad bayi terbabit yang terbujur kaku akibat kecederaan parah dikepala, bapa bayi terbabit dikhabarkan tidak sedarkan diri.

Indentiti mangsa masih belum dikenal pasti namun mangsa adalah lelaki melayu dan anak nya, Al fatihah .. Syurga menanti mu Sayang.

Read more…

Wednesday, 18 November 2015

6 Suspek Kes Rogol & Bunuh Ditahan. Anda Pasti TERKEJUT Selepas Mengetahui Siapakah Mereka Ini.

MUAR - Enam lelaki warga Nepal berusia 25 hingga 43 tahun telah ditahan polis bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang kerani Sekolah Agama Sungai Raya, di Sungai Terap, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, pihak polis akan menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah yang terlibat.

"Pada masa yang sama kami telah menahan enam lelaki warga Nepal yang berusia 25 hingga 43 tahun yang bekerja di kawasan berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu di media sosial pula, netizen menyuarakan kekecewaan mereka yang berpendapat kes-kes jenayah yang semakin meningkat di negara berpunca dari kemasukan pekerja warga asing yang tidak terkawal.

"Bawa lagi warga asing ke Malaysia. Mana menteri yang kata warga asing lebih jujur dari rakyat Malaysia?" kata Mahman.

"Syabas untuk kerajaan Malaysia. Dulu kes pegawai bank kena tembak, sekarang kes kerani pula. Itulah, nak bawa sangat pekerja asing. Rumah aku sendiri pun dah kena rompak dengan orang Indonesia," kata Shah Dan.

Read more…

GEMPAR!! Remaja 13 Tahun Mengaku Rogol Adik Perempuan Berusia 8 Tahun Selepas Tonton Video Lucah

Gambar Hiasan 

Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun telah mengaku merogol adik beliau yang berusia lapan tahun selepas menonton video lucah menerusi Xbox.

Budak yang tidak boleh dinamakan atas sebab-sebab undang-undang, juga mengaku bersalah kerana menyerang gadis itu dan menghasut beliau untuk melakukan perbuatan seksual kepadanya.

Kes itu mencetuskan perdebatan tentang akses kanak-kanak kepada video lucah, dengan kumpulan anti rogol meminta kawalan yang lebih ketat.

Dia memberitahu polis dia telah menonton video lucah menerusi Xbox bersama seorang rakan dan 'membuat keputusan untuk mencubanya'. Tambah lelaki berkenaan, beliau memilih adiknya kerana beliau masih kecil dan 'mudah lupa'.

Remaja berkenaan yang muncul di Mahkamah Majistret Blackburn pada hari Selasa, diikat jamin dan dibernarkan untuk hidup bersama ahli keluarga beliau, manakala pasukan belia menyediakan pra- hukuman ke atasnya .

Mangsa kini dipantau oleh beberapa pakar untuk sementara waktu.

Penyelaras Kumpulan Operasi Krisis Rogol (Rape Crisis Charity), Fiona Elvines berkata kanak-kanak yang mempunyai akses kepada video lucah adalah satu 'kebimbangan'.

"Ini akan benar-benar menjejaskan kestabilan kehidupan gadis kecil ini.

"Ia akan mengambil masa yang sangat lama dalam proses membaik pulih keadaan beliau. Landasan hidup beliau akan berbeza dan saya tidak mahu itu berlaku kepada orang lain," katanya.

Fiona berkata apabila kanak-kanak melihat aksi lucah, mereka tidak mempunyai sebarang konteks. Ini akan mewujudkan tekanan ke atas kanak-kanak yang akan menjadi lebih seksual, terutamanya di kalangan kanak-kanak lelaki muda untuk melakukan hubungan seks pada usia yang begitu muda.

Beliau juga meminta pihak kerajaan untuk memandang serius tentang perkara ini dan berharap bahawa pembekal perkhidmatan internet akan mengambail tanggungjawab yang lebih besar untuk mengawal akses kanak-kanak kepada kandungan lucah.

Satu rang undang-undang keselamatan dalam talian baharu akan dibincangkan oleh jawatankuasa kerajaan Britain walaupun tarikhnya belum ditentukan.

Ia mencadangkan bahawa pengguna internet perlu membuktikan mereka melebihi usia 18 tahun untuk melihat kandungan dewasa.

Pada masa ini, sekatan perlu dilaksanakan dalam setiap peranti dengan akses internet.

Menurut laman web khidmat pelanggan Xbox, pengguna boleh menukar akses kepada permainan, filem dan kandungan televisyen mengikut kesesuaian.

Ibu bapa juga boleh menyekat akses kepada internet dan menukar ciri keselamatan dan privasi dalam talian untuk akaun mereka.
Microsoft, syarikat yang membuat alat permainan video itu telah menyatakan simpati kepada semua yang terlibat dalam kes ini.

"Di Microsoft, kami mempunyai beberapa sistem yang ketat yang membenarkan ibu bapa untuk mengawal apa yang anak-anak mereka bermain dan menonton dalam talian."

Fiona berkata, ibu bapa juga harus cuba untuk bercakap tentang seks dan hubungan bersama anak-anak mereka. Subjek berkenaan juga diwajibkan di sekolah-sekolah, mengikut kesesuaian umur-umur pelajar.

"Apabila kita bercakap dengan anak-anak , mereka berkata ibu bapa mereka tidak tahu apa yang mereka lihat.

"Pada masa ini , kanak-kanak berfikir bahawa apa yang mereka menonton adalah apa yang orang dewasa lakukan apabila mereka melakukan hubungan seks, tetapi mereka perlu tahu bahawa ia adalah tidak, " katanya.

Read more…

Angelina Jolie Turut Membidas ISIS Di Laman Instagramnya. Siapakah Sebenarnya ISIS?

 
Angelina jolie turut membidas ISIS di laman instagramnya


Sumber: http://rakyatsembang.blogspot.my/2015/11/ajolie-pun-perli-isis.html

Read more…

ALFATIHAH... MENINGGAL KETIKA SEDANG BERTUGAS. JASAMU DIKENANG...

Gombak: Anggota polis berpangkat lans koperal maut selepas kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandu terbabit dalam kemalangan di susur keluar Lebuhraya DUKE menghala ke Lebuhraya Karak, di sini, 10.50 malam tadi. 

Jurucakap bahagian trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu mangsa dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tiang konkrit lebuh raya.
"Mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Selayang apabila mengalami kecederaan patah tangan kiri selain cedera teruk di bahagian dada," kata jurucakap itu, hari ini. 

Menurutnya, mangsa yang bertugas di unit MPV Kuala Lumpur-Lanchang kini dihantar ke Jitra, Kedah untuk dikebumikan.
Kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Read more…

Tuesday, 17 November 2015

AL-FATIHAH... Kerani Sekolah Agama Dirogol Sebelum Dijerut Hingga Mati Ketika Hujan Lebat

JOHOR BAHRU - Seorang wanita ditemui mati dibunuh di kediamannya di Sungai Terap, malam tadi.

Mangsa, Nurul Shahira binti Mohamed Yatim, 29, bekerja sebagai seorang kerani di Sekolah Agama Sungai Raya, Bukit Pasir, Muar, ditemui oleh pasukan polis yang menerima aduan dari jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah jam 7 malam tadi.

Polis tiba di rumah mangsa mendapati enjin kereta Honda Civic, JJQ8178 milik mangsa masih hidup dengan pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

Mayat mangsa ditemui terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik dipercayai dirogol sebelum dijerut dengan tali pengikat langsir sehingga mati. Seluar dalam mangsa juga ditemui di atas badannya.

Terdapat juga kesan-kesan tompokan darah di atas lantai berhampiran mangsa dan serangkai kunci.

Barang-barang berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri dan telefon bimbit juga hilang.

Motif kejadian masih tidak diketahui dan polis kini sedang menjalankan siasatan dan mengesan suspek.

***********************************
Al-fatihah... Semoga rohnya ditempatkn bersama- sama org yg beriman...Aamiin

Kejadian perompak dah ade dalam rumah, rumah dirompak, rogol & dijerut hingga meninggal dunia ditempat kejadian. Berlaku di Muar Johor. >> www.hazra.my

------------------

Dirogol dan dibunuh ptg td dirumahnya waktu hujan lebat.. blk rmh, penjahat dah ada dlm rmh. Enjin krt pun x sempat matikan..

Mohon dititipkan fatihah dan doa untuk Nursyahira kerani SA Sungai Raya muar yg telah kembali ke rahmatullah ptg tadi dirumahnya kerana di jerut sehingga meninggal..jenazah baru di bawa ke hospital .Al fatihah..

Read more…

Monday, 16 November 2015

Alhamdulillah Sampai Hari Ini Saya Belum Pernah Makan Roti Jenama Massimo Ni

GARDENIA vs MASSIMO

Alhamdulillah sampai hari ini saya belum pernah makan roti jenama Massimo ni. Setiap kali nak "termakan" mesti ada je yang menghalang. Sejak faham situasi ada something wrong tu, saya memang tak pernah lagi pandang pada jenama ni.

Saya difahamkan Robert Kuok (lelaki paling kaya di Malaysia) melancarkan roti jenama Massimo ni untuk menjatuhkan bisnes roti jenama Gardenia yang dimiliki oleh Muslim iaitu Syed Mokhtar Al-Bukhari (lelaki ke 8 terkaya di Malaysia) kerana Tan Sri Bukhari telah menamatkan kontrak pembelian tepung yang dimonopoli oleh Robert Kuok.

Tan Sri Bukhari menamatkan kontrak tersebut bukan kerana racist atau nak jatuhkan bisnes orang Cina seperti yang didakwa, sebaliknya Tan Sri sudah berhijrah mengambil tepung dari luar negara yang bebas klorin (unbleached flour) untuk kesihatan rakyat Malaysia. Difahamkan tepung yang dikeluarkan oleh Robert Kuok mengandungi bahan-bahan klorin yang tidak baik untuk kesihatan. Bahkan ia syubhah kerana didakwa tepung tersebut dimasukkan vitamin B dari khinzir seperti yang didakwa oleh pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Jadi ini bukan masalah racist atau nak jatuhkan sesiapa, Robert Kuok yang mula-mula dahulu mengkhianati rakyat Malaysia kerana membekalkan tepung beracun Benzyl Peroxide.
Kini mereka cuba jatuhkan bisnes Gardenia yang rotinya bebas lemak Trans dan tepungnya suci tanpa klorin atau racun dan meminta kita makan roti Massimo yang menggunakan tepung yang kontroversi itu.

Non Muslim sudah bersatu sekian lama memboikot produk-produk Muslim.
Mereka tidak pernah masuk kedai runcit muslim dan sangat susah untuk membeli produk muslim. Mereka menguasai pasaraya-pasaraya besar dan sangat sukar kita jumpa produk-produk muslim kecuali yang sudah sangat terkenal seperti Sunquick, gula-gula hacks (produk ini dah mula hilang dari pasaraya besar milik mereka), Gardenia, Ramly, Ayamas, Faiza, Adabi, Tamin, Saji dan sebagainya.

Mereka berikan beribu alasan untuk tidak membenarkan produk muslim dipasarkan di pasaraya mereka. Sedangkan produk-produk non-muslim walaupun tidak terkenal, kita boleh dapati di kedai-kedai dan pasaraya mereka.
Sejak kempen boikot Gardenia ini dilancarkan oleh para penyembah berhala, saya lihat produk Gardenia diletak jauh dari laluan utama dan seolah-olah "disorok" di kedai-kedai runcit milik mereka. Manakala produk Massimo pula diletakkan di bahagian depan dan paling mudah dicapai.
Produk Massimo juga mendapat kerjasama daripada pelbagai syarikat non-muslim yang lain untuk mengiklan dan mempromosikannya dengan memberikan roti ini percuma kepada pelanggan-pelanggan syarikat mereka.
Begitu juga produk telekomunikasi milik Tan Sri Bukhari bernama ALTEL, jarang saya jumpa kedai

telefon milik penyembah berhala menjualnya apatah lagi mengiklankannya.
Mereka terus menuduh kita racist sedangkan mereka lupa kitalah majoriti dan kuasa membeli majoriti ada pada kita. Seandainya kita racist SEPERTI MEREKA dan memboikot produk mereka sepertimana mereka memboikot kita sekian lama, mana mungkin 7 orang pertama paling kaya di Malaysia ini adalah non-muslim yang menyembah berhala?
Mengapa mereka timbulkan isu perkauman dan menuding jari pada kita?
Sedangkan yang jelas racist itu mereka?
Apakah mereka mahu kami yang majoriti ini memboikot semua produk mereka sehingga semua bisnes mereka lingkup?
Kalau itu yang mereka cabar. Saya sahut. Bukan kerana saya racist, tapi kerana saya muslim, dan saya akan berusaha seupaya mungkin untuk membeli produk muslim dari kaum

muslimin yang menyembah Allah, bukannya daripada penyembah berhala.
Dulu kita tak ada pilihan, kita makan produk mereka.
Sekarang kita ada banyak produk sendiri yang kita patut sokong dan hapuskan kesombongan mereka.

Saya tak mahu serukan boikot kerana ia mungkin kelihatan ada bibit "kebencian" yang akan mereka jadikan isu.
Jadi saya serukan untuk kita menyokong produk keluaran kaum muslimin, kalau barang muslim tak ada jual, kita beli barang keluaran penyembah berhala dengan keadaan terpaksa tetapi pastikan kita beli ia dari kedai/pasaraya milik muslim agar wang kita disalurkan kepada muslim yang membayar zakat dan membantu kaum muslimin lain yang miskin. Jangan berikan wang kita kepada penyembah berhala yang Rasulullah perangi selama baginda hidup.

Jangan kita boikot mereka kerana mereka "cina". Kerana Cina itu kaum dan tiada permusuhan kaum dalam Islam. Begitu ramai cina muslim yang sangat berkasih sayang dan saling mencintai sesama kita walaupun kita Melayu.
Tapi kita boikot kerana mereka penyembah berhala dan berniat buruk terhadap kita dengan mengkhianati kita melalui cara "meracunkan" dan "mengkhinzirkan" produk-produk mereka secara terancang untuk rosakkan kita.
Mereka adalah Yahudi asia. Yang zimmi kita kawan, yang harbi kita lawan.
Muslim itu berkasih sayang sesama mereka. Tegas terhadap orang kafir. Bersama kita menyokong sesama muslim, terlebih terkurang dalam urusan, anggaplah ianya sedekah jariah kita sesama muslim...

Read more…

GEMPAR!! Bapa Bercinta & Menghamilkan Anak Sendiri Yang Baru Berusia 10 Tahun

Kejadian seorang ayah merogol anak kandungnya sendiri sudah sangat biasa di dengari oleh umum,ianya biasa di sebut bapa Perangai setan.

Namun kali ini kami ingin mengongsikan bapa berperangai "dajjal"seorang bapa yang sanggup bercinta dan menghamili anaknya sendiri yang masih berumur 10 tahun.
Mengutip laporan Sooperboy.com lelaki yang berasal dari amerika serikat ini telah membuat media sosial kecoh dan banyak orang marah karenanya.dia tidak hanya menyetubuhi malah membuat anak yang masih berusia 10 tahun itu hamil.

Gambar kemesraan bapa dan anak tersebut di sebarkan oleh akaun bernama Fredrik Siraque dan mengatakan anak perempuan itu adalah anak tirinya.

Netizen bertambah marah apabila gambar kemesraan tersebut turut dengan gambar Gambar Berbaur lucah serta mendukung anaknya tanpa sluar kemudian mencium bibirnya.
Tidak cukup hanya itu gambar gambar tersebut juga menunjukkan bagian perut kanak kanak 10 tahun itu semakin membesar.

Si pemilik gambar menulis.



"Saya sangat mencintainya seperti kekasih sendiri, saya sangat mencintai anak saya, kami seperti pasangan muda yang tengah di liputi kebahagian, kami saling mencintai satu sama lain, kami tidak peduli dengan apa yang orang katakan, yang paling penting kami bahagia menjalani ini semua." Kata Fredrik Siraque.


komen: Gambar itu sangat menggagu saya dimana ibu anak itu,mengapa ia di biarkan terjadi. Saya akan buat aduan polis. Tulis pemilik akaun Anita Zulic.

Read more…

Saturday, 14 November 2015

[10 FOTO] Saat Terakhir Gadis 'Samseng Rambut Karat' Sebelum Dihukum Gantung

10 FOTO PALING SAYU SAAT-SAAT TERAKHIR BANDUAN SEBELUM DIHUKUM MATI, GAMBAR NO 7 CUKUP MENYEDIHKAN!!
Negeri China memang terkenal dengan komitmen hukumnya yang sangat kuat. Terbukti dengan komitmen undang-undang yang mereka miliki negara tersebut mampu menekan perbuatan jahat di negara tirai bambu tersebut. Yang sering kita dengar adalah ketegasan kerajaan China dalam mengenakan hukumann mati terhadap koruptor,jelas sekali hukuman ini mampu menekan perbuatan korupsi di negara tersebut. Itulah kejayaan China.

Foto-foto ini memaparkan 12 jam terakhir Perempuan China menjelang pelaksanaan hukuman matinya. Perempuan ini terjerat kes Dadah, kerana kesalahannya tersebut pihak mahkamah menjatuhkan hukuman mati kepadanya.

Kelihatan dalam foto-foto ini, pada awalnya dia kelihatan tenang dan menerima semuanya dengan lapang dada termasuk harus merelakan sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya iaitu nyawa untuk di akhiri oleh penembak dalam sebuah perarakan hukuman mati. Perempuan ini sempat bergurau dengan rakan-rakannya dan menyampaikan beberapa mesej menjelang kematiannya.
Bagaimanapun, dia adalah manusia biasa yang pasti akan muncul ketakutan pada saat menjemput kematian yang dia saksikan sendiri di depan matanya. Foto-foto terakhirnya menampakkan raut wajahnya tegang.

Sebuah pelajaran penting dapat kita ambil dari peristiwa ini, berfikirlah seribu kali untuk mula menggunakan dadah. Hukuman mati seperti ini bermula dari pekara kecil, yaitu cuba menggunakan dadah.
 

Read more…