Tuesday 2 February 2016

Wajah Isteri Mark Adam Yang Cantik. Warga Malaysia..Asal Mana? Biodata Penuh dan Foto Jelas di Dalam.

KEDATANGAN Syawal memang ditunggu oleh semua umat Islam dan mungkin ada juga yang menganggap ia adalah perkara biasa kerana menyambutnya setiap tahun.

Namun bagi saudara baharu kehadiran Syawal pasti dinanti kerana ingin meraikan kemenangan setelah sebulan belajar berpuasa. Senario itulah yang dilalui oleh Mark Adam sewaktu awal dia memeluk agama Islam, 12 tahun lalu.

Mark atau nama penuhnya Fikri Mark Adam, 35, berkata, kelakar sangat sewaktu awal belajar berpuasa kerana dia seakan tidak boleh berpisah dengan peti sejuk.

"Sebelum memeluk agama Islam, saya selalu terfikir macam mana orang boleh menahan lapar begitu lama. Sedangkan saya dua jam tidak makan pun sudah lapar.

"Bila sudah melalui pengalaman berpuasa baru saya tahu betapa nikmatnya melakukan ibadah itu. Saya paling suka pada waktu berbuka kerana saya suka berbuka dengan ayam percik, kurma dan bubur lambuk," katanya yang turut menjayakan program raya secara langsung baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang pengalamannya sebagai saudara baharu, kata Mark, sewaktu dia memberitahu hasrat untuk memeluk agama Islam kepada ibu bapanya di Cebu City, Filipina, ibunya menangis.

"Ibu memang menangis kerana dia tidak sangka saya akan bertukar agama daripada agama asal. Saya terpaksa memujuknya dan beritahu walaupun berbeza agama, saya tetap anaknya dan hubungan kami tidak akan putus.

"Berbeza dengan ayah saya, dia cuma kata, adakah saya gembira dengan keputusan yang dibuat dan saya kata ya. Katanya, kalau saya gembira teruskan sahaja kerana dia lebih mengutamakan kegembiraan anaknya," ceritanya.

Biarpun hidup jauh daripada keluarga, Mark tetap bertuah kerana keluarga mertua amat menyayanginya.

"Saya banyak mendapat tunjuk ajar daripada keluarga mentua dan kalau apa-apa saya diutamakan. Kadang-kadang isteri saya (Norazah Redzuan, 35) cemburu dengan saya sebab ibu bapanya lebihkan saya. Mungkin sebab saya ini orang baharu dan tiada saudara mara di sini, itu yang mereka sayang lebih," katanya tersenyum.

Jika Mark disayangi oleh keluarga mentua, begitu juga dengan Norazah yang dipanggil Izan oleh Mark.

Cerita Norazah, sejak berkahwin pada 2003, dia sering juga pergi menjenguk keluarga mentuanya di Filipina biarpun tanpa ditemani oleh suami.

"Bapa mentua (mendiang Edmundo) selalu berpesan kepada Mark agar menjaga saya dengan baik dan dari perhatiannya memang nampak dia dapat terima saya di dalam keluarga mereka.

"Bagi saya, biarpun berbeza budaya dan adat, keluarga mertua sentiasa berusaha menjaga peradaban setiap kali saya berkunjung ke sana, terutamanya dalam soal makanan," jelasnya.

Seorang yang mudah

Menurut Norazah, suaminya adalah seorang yang mudah untuk diurus baik dari segi makanan, pakaian atau pergaulan. Katanya, Mark tidak cerewet dan dia akan makan apa sahaja yang dihidang. Malah suaminya itu pun sukar untuk marah.

"Memandangkan kami berdua, kalau nak masak itu kadang-kadang terasa macam membazir. Selalunya kami makan luar atau tidak pun pergi ke rumah mak saya.

"Adik-beradik saya pula pantang Mark minta nak makan apa sahaja mesti dia orang akan penuhi. Bagi saya dia seorang yang mudah dan tidak banyak kerenah," jelasnya.

Sebagai isteri kepada penyanyi, Norazah akui dia tidak boleh cemburu kerana tahu suaminya milik masyarakat. Bagaimanapun kata Norazah, dia percaya Mark tahu membezakan antara kerjaya dan peribadi.

"Jika ada yang sering nampak saya bersamanya itu adalah atas permintaan dia. Memang saya ini pengurusnya tetapi tidak semua acara saya ikut.

"Saya tahu dia tidak pernah mengguna statusnya sebagai penyanyi untuk kepentingan peribadi kerana sejak awal pembabitan, dia tidak pernah menyembunyikan statusnya yang sudah berumah tangga," ceritanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140801/hi_03/Raya-saudara-baharu#ixzz3yyclMPT9
© Utusan Melayu (M) Bhd 
 
Saya hampir bunuh orang – Mark Adam
Oleh : Mohammad Arif Nizam
Penyelaras : Kelly Azman
Foto : Fareez Fadzil
Grafik Cover : Zulfadli
Video & Editing : Safwan Mansor
Makeup Artis : Husna
LOKASI : MalaysiaGazette Studio

Ralit duduk berbual dengan penyanyi ini apabila dia cuba menyingkap nilai kemanusiaan dari sisi gelap pergaulan sosial golongan setinggan dan kelihatan memberi persepsi yang jujur.

Bagi dirinya yang pernah tinggal di kawasan setinggan, golongan itu dimangsai oleh prejudis sosial apabila berdepan kepayahan untuk meyakinkan masyarakat bahawa mereka juga mempunyai naluri kemanusiaan seperti orang lain.

Cuma bezanya dia pernah tergelincir dan untuk membetulkan langkah yang pernah sumbang itu, hanya kesabaran dan kecekalan sahaja yang menjadi ukurannya.

“Apa yang tidak pernah buat masa tinggal di kawasan setinggan dulu? Cuma tidak pernah bunuh orang sahaja, itu pun hampir nak buat,” katanya bersahaja sambil tersenyum.

Penyanyi kelahiran Filipina bernama Mark Adam ini seronok bercerita tentang pengalaman pada zaman kanak-kanak hingga remaja yang kurang bernasib baik sehingga sanggup memperjudikan maruah demi mendapatkan sesuap nasi.
Keperitan hidup memaksa dia berada di tempat sedaif itu namun kepayahan dan kemiskinan telah merapatkan hubungan antara penghuninya.

Perjalanan dan susur galur kehidupan golongan miskin seperti itu sukar difahami oleh orang lain yang tidak senasib dengan mereka.

Mark berkongsi kehidupan keluarganya di Filipina. Pernah suatu ketika dahulu dia sekeluarga terpaksa menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu City.

"Biarpun anak setinggan, saya memang minat menyanyi pada umur 8 tahun dan telah memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina pada usia 12 tahun.

"Sejak itu, saya akan menyanyi di mana-mana asal mendapat wang sebagai mata pencarian menyara kehidupan keluarga saya yang sangat susah,” katanya dalam pelat bahasa Melayu.

Dan kerana kemelaratan hidup itu memaksa, Mark, 36, merantau ke negara ini pada tahun 2001 sebagai penyanyi di sebuah hotel di Subang hanya dengan gaji sekadar cukup makan.

"Selepas dua tahun di Malaysia, saya berkahwin dan memohon warganegara tetap selama enam tahun. Akhirnya saya bersyukur kerana berjaya memiliki status yang sah pada hari ini," cerita Mark panjang lebar.

Justeru, Mark melahirkan kesyukuran setelah jalan hidupnya berubah 360 darjah kini. Tidak pernah dia menyesali akan kehidupan lampau tapi tutur Mark dia mahu jadi contoh terbaik buat keluarganya dan rakan-rakan di kampung.
Airmata di Kuala Lumpur

Pertama kali menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, airmata Mark jatuh berderai.

Katanya dia tidak sangka, Malaysia begitu maju berbanding kehidupannya yang daif di negaranya.

Mark terdiam seketika dan menyambung bicara dengan mengatakan rasa cinta dan sayang terhadap Malaysia pada hari ini telah mengatasi segalanya.

"Budaya di sini sangat unik dan berharga buat saya. Bagaikan satu dunia berkumpul dengan aman damai di Malaysia dan semuanya ada di sini.

“Saya dan rakan masih ingat apabila pertama kali mengunjungi Menara Berkembar Petronas KLCC. Lama saya memandangnya dan tidak mampu berkata apa-apa. Memang mengagumkan," ujarnya penuh teruja apabila menoleh ke belakang pengalaman lampaunya itu.

Dua tahun tinggal di Kuala Lumpur, Mark bernikah denga Nor Azah Redzuan, 36, pada Mac 2003 selepas hampir dua tahun mereka berkenalan.

Mengakui masih hidup susah selepas berkahwin, Mark jelas terhutang budi dengan isterinya yang membawanya ke hulu hilir untuk menyanyi di merata tempat sebelum menjadi guru vokal di The Singing Shop, Petaling Jaya.

12 tahun tanpa zuriat

Walaupun sudah 12 tahun berumahtangga dan belum dikurniakan zuriat, Mark sentiasa berfikiran positif.

Mark menjelaskan bahawa dia dan Nor Azah menyerahkan sepenuhnya kepada rezeki namun tidak pernah berputus asa berdoa agar mereka dikurniakan zuriat.

"Kami menyukai kanak-kanak dan pernah mengambil anak angkat. Tapi ibu bapanya datang semula dan ambil balik anak mereka.

“Saya berharap kami dapat menimang cahaya mata satu hari nanti. Semuanya adalah bergantung kepada rezeki dan pasti akan tiba masanya nanti, Insya-Allah," kata Mark yang kelibat isterinya sering kali dilihat menemaninya ke mana-mana.
Digoda rakan artis

Semakin popular apatah lagi memiliki wajah yang tampan dan keanak-anakan, sudah pasti ada yang ingin mendekati biarpun empunya diri bergelar suami orang.

Susah juga menjadi artis ini. Tidak dilayan dikatakan sombong. Namun apabila dilayan takut lain yang jadinya.

Meletakkan dirinya sebagai pendatang baharu yang perlu ramah mesra, Mark juga sempat berkongsi pengalaman bukan sahaja diganggu peminat malah digoda rakan artis.

"Sememangnya saya masih baharu dan perlu bertindak profesional apabila melayan peminat rakan artis. Memang ada raka artis yang menghantar pesanan ringkas Whatsapp kepada saya dan ajak bersembang serta macam-macam lagi.

“Namun saya tetap melayan mereka dan tahu batas saya sebagai suami. Alhamdulillah, saya masih dapat mengekal hubungan baik dengan isteri dan juga rakan artis," katanya serius.

Malah Mark berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berkahwin lebih daripada satu kerana tetap setia dengan isterinya.

“Bila saya lafaz akad dahulu, saya sudah berjanji hanya seorang sahaja isteri saya. Saya tidak mampu tinggalkan dia hanya kerana sudah semakin dikenali sekarang.

“Saya masih ingat waktu susah kami sewaktu awal perkahwinan apabila naik turun bas ke sana sini dan isteri sentiasa berada di sini ketika saya memerlukannya,” katanya yang sempat menjeling kepada Norazah yang duduk di sebelahnya.
Album pertama

Mark yang kini bernaung di bawah label Mixology Music mula mencuri perhatian peminat menerusi single dwibahasa berjudul Pencuri atau versi asalnya dalam bahasa Inggeris, Thief.

Namun penerimaan baik peminat terhadap muziknya menyebabkan anak kedua daripada tiga beradik ini meninggalkan kerjaya sebagai guru vokal di Pusat Latihan Muzik, The Singing Shop untuk memberi tumpuan kepada karier nyanyiannya.

Mark atau nama Islamnya, Fikri Mark Adam Abdullah berkata, dia harus membuat pilihan antara dua kerja walaupun kerana bimbang dengan risiko di kemudian hari.

"Saya seronok bergelar guru kerana dapat berkongsi ilmu dengan orang lain.

"Namun dalam hidup saya perlu buat pilihan kerana saya sedar tidak semua benda saya boleh lakukan dalam satu masa yang sama.

"Penerimaan peminat yang baik menjadi faktor kepada keputusan saya menjadi penyanyi dan saya ingin merebut peluang ini untuk mengetengahkan muzik saya kepada peminat selagi diterima," katanya yang pernah muncul menerusi single Sampai Nanti beberapa tahun lalu.
Namun Mark berharap suatu hari nanti dapat kembali bergelar guru apatah lagi The Singing Shop turut mengalu-alukan kehadirannya jika dia berubah fikiran.

"Dua bidang ini memberi kepuasan sama rata kepada saya dan buat masa ini biarlah saya fokus kepada karier nyanyian," ujarnya.

Selain Mizz Nina, Mark pernah mengajar kelas vokal kepada Asmidar, Sheryl Koh dan Ewal (AF).

Mengakhiri perbualan, bercakap mengenai album pertamanya bertajuk Mark Adam, dia mengakui tidak tertekan untuk menghasilkan lagu-lagu untuk album berkenaan biarpun menyedari jangkaan peminat terhadapnya tinggi.

Jelas Mark, dia membiarkan proses menulis dan mencipta lagu berlaku secara semulajadi kerana dengan cara itu dia dapat menghasilkan karya yang baik.

Dia juga bertuah dapat bekerjasama dengan DJ Fuzz kerana pemuda itu yang juga pengarah urusan syarikat rakaman Mixology Music banyak membantunya dalam proses mencipta lagu album berkenaan.

Album itu memuatkan 12 buah lagu yang antaranya seperti Pencuri, Si Katak, Jika, Marry Me, Mind Your Own Business, Thief, Pimples, If serta dua buah lagu bonus iaitu Sampai Nanti dan All I Need Is You.

4 comments:

  1. Artikel yang menyayat hati. Agar Mark Adam dan pasangan senantiasa berjaya dan hidup mereka diberkati..Amin

    ReplyDelete
  2. Syabas Mark Fikri Adam! Saya suka awak sbg seorang insan yg sangat saya senangi. Saya doakan kau dan isteri serta anak2 (ku doakan dapat sedozen ya) bahagia hingga ke jannah. Selamat Maju Jaya.

    ReplyDelete
  3. Terbaik la mark adam dn isteri, moga Allah membeei zuriat satu hari nnti in sha Allah..

    ReplyDelete