Tuesday 23 February 2016

Sebenarnya Gambar Stereng BMW Dengan Resit Mydin Ini Ada Maksud Tersirat. Anda Mungkin Tak Tahu..99% Yang Dok Kutuk Tu Memang Tak Tahu Maksud Tersiratnya..Haha

Sebab itu kita kena kaji dulu betul-betul baru boleh komen.

Sejak beberapa hari lalu, ramai pula orang share gambar stereng kereta BMW dengan resit Mydin di laman sosial sampai jadi viral

Seorang lelaki ditemui memuat naik gambar stereng kereta BMW bersama resit Mydin dan bertanya sama ada boleh atau tidak untuk menukar barangan yang dah tersalah beli.

Posting ini mendapat perhatian ramai dalam sekelip mata disebabkan gaya pertanyaan lelaki ini yang dilihat seperti ada unsur menunjuk-nunjuk.

says.com

Selepas menjadi viral, ramailah yang memuat naik gambar stereng kereta masing-masing semata-mata untuk troll. Caption pun semua tak nak mengalah dan memang pecah perut!
 



Image via MyGosip.com/Facebook

Image via MyGosip.com/Facebook


Hahaha macam-macam karenah. Kreatif sungguh.

says.com




Bukan setakat stereng kereta, orang ramai turut upload gambar rakit, kapal, dan macam-macam lagi. Bertambah-tambah kelakar jadinya.

Image via MyGosip.com/Facebook

Image via MyGosip.com/Facebook


Image via MyGosip.com/Facebook

Orang kita ni bila bab troll memang laju je kan. Seronok betul kami melayan satu-satu gambar. Kalau nak lebih banyak troll boleh klik sini.

Yang mengutuk pun apa kurangnya. Tak semena-mena lelaki tersebut dikecam kerana didakwa sengaja nak show off kereta BMW yang dimilikinya.

Image via MyGosip.com/Facebook

Eh? Nama Faiz Subri pun kena sebut?

says.com

Namun begitu, ramai yang tak tahu kisah sebenar disebalik postingberkenaan.

Gambar itu dimuat naik bukan sebab nak tanya orang ramai tentang soal tukar barang di Mydin, jauh pula bertujuan untuk show off.

Seorang lelaki bernama Ahmad Muizzuddin Mohammad memuat naik gambar berkenaan ke dalam page Warga Kuantan di Facebook pada 16 Februari 2016 lalu dengan caption:

"Salam, nak tanya warga Kuantan. Kalau tersalah beli barang dekat Mydin, boleh tukar balik tak? Resit saya ada lagi."

says.com

Image via Warga Kuantan/Facebook

Sekali pandang, memang rasa macam Ahmad Muizzuddin ni sengaja nak show off kereta BMW. Tetapi, bagi sesiapa yang faham,posting tersebut sebenarnya ada maksud tersirat.

Image via Warga Kuantan/Facebook

Menurut beliau, hanya orang yang betul-betul follow laman Warga Kuantan saja yang akan faham niatnya yang sebenar
Image via Warga Kuantan/Facebook

Mula-mula, kami pun kurang faham apa sebenarnya yang cuba Ahmad Muizzuddin sampaikan


Image via joelglovier.com

Selepas diselidik, baru kami faham. Rupa-rupanya, Ahmad Muizzuddin memang sengaja upload gambar tersebut semata-mata untuk troll satu status yang dimuat naik 2 jam sebelum itu.

Status dari Mohd Ikram yang dimuat naik dua jam lebih awal inilah yang sebenarnya Ahmad Muizzuddin maksudkan. Cuba anda baca betul-betul apa yang tak kena dengan status ini.

says.com


I
mage via Warga Kuantan/Facebook

Nampak tak?

Yes, gambar itu dimuat naik bagi tujuan sarkastik sahaja sebenarnya, tidak ada kena mengena langsung dengan Mydin mahupun menunjuk-menunjuk kemewahan



Image via cbc.ca

Semua dah faham kan? Bagus :)

Jadi selepas ini, tak perlulah kita melenting dan membuat tuduhan melulu ke atas niat seseorang memuat naik sesuatu di laman sosial. Hati-hati ya.

says.com

3 comments:

  1. Assalamualaikum..saya memelukan rumah sendiri..dengan bataun kerajaan terengganu dapat meringankan bebenan saya.anak anak semakin ramai dan semakin membesar...insyallah....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..saya memelukan rumah sendiri..dengan bataun kerajaan terengganu dapat meringankan bebenan saya.anak anak semakin ramai dan semakin membesar...insyallah....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.. Saya memelukan rumah sendiri..dengan batuan kerajaan terengganu dapat meringankan bebanan saya.. Anak anak semakin ramai dan semakin membesar ..insyallah..

    ReplyDelete