Wednesday 16 December 2015

Panas!! Kawan Baik Jejai Sendiri Dedahkan Punca Sebenar Fasha Sandha Diceraikan


Read more…

Vivy Yusof Dikecam Makan Guna Pampers Ganti Pinggan

Vivy Yusof Dikecam Makan Guna Pampers Ganti Pinggan 

Tersebar luas di media sosial beberapa keping gambar individu di dalam sebuah majlis ‘baby shower’ yang menggunakan lampin pakai buang(pampers) sebagai ganti pinggan. 
 
Gambar tersebut mendapat kritikan teruk dari pengguna media sosial di Malaysia di mana mereka mengatakan mereka yang terlibat di dalam majlis ini mengamalkan gaya hidup hipster yang keterlaluan. 
Gambar yang dimuatnaik di Instagram dengan tulisan “No plates today! Fine dining in nappies at @a*****ann’s baby shower,”. Dalam gambar itu kelihatan seperti pavlova dipotong dan diletakan di dalam pampers pengganti pinggan dan di makan, gelinya!
Gambar tersebut kemudiannya viral dan mendapat komen yang berbentuk “hentaman” dari pengguna media sosial yang lain. 

Tidakan Vivy Yusof memuatnaik gambar itu adalah keterlaluan dan tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Setelah mendapat kritikan ramai, gambar tersebut didapati telah dipadam dari akaun instagram milik Vivy Yusof
.
Siapakah Vivy Yusof?
Berikut adalah sedikit info mengenai Vivy Yusof:
NAMA: Vivy Sofinas Yusof
JAWATAN: Pengarah Urusan FashionValet.net
UMUR: 28 tahun
LAHIR: 11 Disember 1987
HOBI: Menulis blog, melancong
PENDIDIKAN: Ijazah Undang-undang, School of Economic, United Kingdom
CITA-CITA ASAL: Ahli perniagaan
MAKANAN KEGEMARAN: Daging panggang
IMPIAN: Membuka syarikat berasaskan hartanah
AKAUN INSTAGRAM: https://www.instagram.com/vivyyusof/

Read more…

Akhirnya Ibu Jejai Tampil Dedahkan Perkara Sebenar Isu Penceraian Anaknya Dan Fasha Sandha


Read more…

Tuesday 15 December 2015

Wanita Berani Mati Tampil Dedahkan Punca Dan Kisah Perceraian Fasha Sandha Dan Jejai

Katanya PS Raja Noora sendiri dok canang ke kengkawan

#PS Noora = Mak Jejai

Buat FS, bertabahlah dan move on girl. U can do it. Kipidap.

Read more…

Melampau!! Fesyen Terbaru Nora Danish Melampau Dan Dihentam Peminatnya Sendiri! MAsha'Allah...

 
Gara-gara berbaju ketat sehingga menampakkan buah d@da, Nora Danish menerima banyak komen luc@h di Instagramnya. Bukan pertama kali Nora Danish menerima komen berbaur luc@h, malah selebriti itu sendiri pernah mengakui dia terganggu dengan komen-komen yang datang dari peminat lelakinya itu. Menurut sumber, (Murai Batu), pakaian itu direka khas oleh pereka fesyen, Rizman Ruzaini untuk satu majlis memperkenalkan diri Nora sebagai duta kecantikan produk Safi Rania Gold. Bagaimanapun, pakaian Nora dianggap terlalu mencolok mata kerana bahagian buah d@danya nampak timbul dan menonjol. Ramai peminatnya kurang senang dengan dengan gambar tersebut sehingga melemparkan kata-kata yang agak keterlaluan. 
Biarpun terus mendapat kritikan negatif peminatnya, Nora mengambil pendirian untuk berdiam diri dari membalas komen-komen peminatnya.

Read more…

GEMPAR!! Selfie Terakhir Gadis Baju Biru Tudung Pink & Seluar Sudah Dijumpai Namun Jasad Belum Ditemui

KUCHING : Satu lagi klu baharu iaitu penemuan seluar hitam milik jururawat Nurul Wazieyana Mohd. Yusof, 23 tahun dari Tangkak, Johor yang dipercayai hilang 3 hari lalu di Pasir Panjang di Kuching dijumpai petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii memberitahu ia dijumpai di tempat yang sama baju dan tudung ditemui.
Ketika itu, jelasnya beliau memantau bersama 6 anggotanya di kawasan yang sama iaitu 3 kilometer dari tempat kejadian dan kurang 5 minit anggota bomba yang lain menjumpai seluar tersebut hanyut dibawa gelombang dan koyak di bahagian punggung, lutut dan paha.

Beliau menjelaskan, rakannya mengesahkan bahawa ia merupakan seluar mangsa yang digunakkanya pada hari kejadian.

Sehubungan itu, Tiong memberitahu pihaknya dengan bantuan JPAM, APMM serta pasukan polis akan meneruskan operasi sehingga 7 malam dan mereka akan lebih fokus kepada kawasan pakaian mangsa ditemui dan kemungkinan mangsa juga akan ditemui di tempat yang sama.

Manakala di bahagian darat pula akan diteruskan sehingga malam.

Seluar tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk ujian forensik.

Pada pukul 1.00 petang tadi, anggota JPAM menjumpai baju, tudung dan pin tudung yang disyaki terahkir dipakai mangsa di lokasi yang sama.

Read more…

Ini Rupanya Sebab Mengapa Jamal Abdillah MASIH Susah Untuk MEMAAFKAN Nabil

Ini Rupanya Sebab Jamal Abdillah MASIH susah untuk MEMAAFKAN Nabil.. Yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf diakhir penutup GEGARVAGANZA2
Ibarat rumah siap pahat berbunyi!

Itulah yang berlaku di Gegar Vaganza 2 semalam apabila Datuk Jamal Abdillah 'sound' secara depan-depan pada Nabil Ahmad gara-gara lawaknya terhadap penyanyi itu? Tegur Jamal pada Nabil: "Saya dibayar mahal-mahal oleh Astro untuk jadi juri... bukan untuk jadi bahan lawak awak".

Invalid Domain Name
Berikutan itu, hari ini kecoh di laman sosial mendakwa sikap serius Jamal itu telah menjadikan GV2 'spoil' sedikit berbanding Datuk Ramli MS yang sporting. Malah Jamal didakwa bersikap sombong apabila tidak mempedulikan permohonan maaf Nabil padanya.

"Semua orang tahu nabil suka bergurau. Datuk Ramli sudah lali dengan gurauan Nabil. Tapi yang menyedihkannya adalah, Jamal Abdillah tetap sound Nabil Ahmad walaupun Nabil telah meminta maaf sebelum Gegar Vaganza tamat," ujar seorang peminat melalui laman sembang.

Apapun, kami tak menyebelahi mana-mana pihak kerana mungkin juga Jamal sekadar bergurau dengan Nabil. Ya lah... asyik-asyik Nabil aja yang usik orang... sekali-sekala orang usik dia pulak.

Read more…

Akhirnya Ramli MS Berlaku Jujur Dedahkan Kenapa FarahDhiya Jadi Naib Juara! Buat Orang Ramai Mengamuk

Perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.

Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.

“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.

“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,” kata Datuk Ramli MS kepada portal Murai.com.my

Dalam pada itu, beliau juga memberi komen terhadap finalis yang berada di ‘Bottom 3’ apakah sebabnya mereka boleh berada di kedudukan itu.

“Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

“Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

“Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa,” katanya mengakhiri bicara.


Sumber: Murai

Read more…

Monday 14 December 2015

MASHA'ALLAH... Punca Sebenar Nana DIMAKI HAMUN Selepas Diumumkan Sebagai Pemenang GV2

Sejurus pihak astro mengumumkan bahawa Siti Nordiana menjadi juara Gegar Vaganza musim kedua, semua portal hiburan Malaysia menghebahkan perkara ini.

Namun begitu komen yang keterlaluan dan kurang disenangi telah dilemparkan kepada juara tersebut atau dikenali sebagai Nana.

Berdasarkan komen yang diberikan, berkemungkinan mereka adalah penyokong atau tidak meminati juara tersebut. Berikut antara komen yang diberikan...

Read more…

Ramli MS Terpaksa Berlaku Jujur Dedahkan Punca Sebenar Zul Handy Black Disingkirkan Dahulu

Ramai yang melahirkan rasa terkejut apabila Zul Handy Black disingkirkan pada minggu ketiga Gegar Vaganza 2. Rata-rata kecewa dengan keputusan juri ini kerana persembahan Zul pada minggu pertama dan kedua cukup memukau. Namun tidak dinafikan nyanyian Zul agak mengecewakan pada minggu ketiga. Akan tetapi, rata-rata berpendapat bahawa nyanyian Sheeda lebih teruk jika dibandingkan dengan Zul. Namun pastinya para juri yang diketuai oleh Datuk Ramli MS mempunyai penerangan yang tersendiri.
Menurut Datuk Ramli MS, nyanyian Zul dan Ezlyn tidak menunjukkan peningkatan sekaligus menyebabkan mereka tersingkir. Kata beliau:-

Untuk GV2, terus-terang saya katakan sukar untuk mencari kesalahan setiap peserta. Kami di kerusi juri perlu menilai peserta pada segenap aspek, bukanlah pada nyanyian semata-mata. 

Cuma saya ingin tegaskan peserta GV2 adalah penyanyi senior, jadi nyanyian mereka tidak boleh sumbang. Mereka bukan pendatang baru macam pelajar Akademi Fantasia (AF). 

Menyanyi salah lirik, kita boleh pejam sebelah mata, tetapi tidak ada maaf jika menyanyi sumbang. Biar menyanyi tak sedap tetapi ‘in tune’. 

Tetapi ingat pada peringkat seterusnya para peserta perlu lebih serius ketika membuat persembahan kerana ketika itu kami mencari ‘the best among the best'.

Mereka (Zul dan Ezlyn) ketinggalan, peserta lain sudah jauh ke hadapan. Peluang sudah diberikan namun tahap nyanyian mereka sama. 

Tiga peserta ini menjiwai lagu dengan baik. Walaupun menyanyikan lagu yang bukan dari genre mereka, mereka ‘deliver’. 

Haiza, Azian Mazwan Safuan dan Siti Nordiana adalah peserta ‘underdog’ tetapi lihatlah kualiti yang mereka ada pada hari ini.
Jujur Abang Nara katakan diri ini kecewa juga apabila Zul Handy Black tersingkir. Namun siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan juri yang mempunyai pengalaman berpuluh-puluh tahun dalam industri nyanyian. Apa pun, Gegar Vaganza kali ini memang lebih hebat, meriah dan menarik. Setiap minggu pasti Abang Nara sekeluarga tak terlepas menontonnya. Sama-sama kita nantikan Ahad ini untuk melihat peserta mana yang akan tersingkir seterusnya. 


Sumber Astro Gempak.

Read more…

BIADAB!!! GADIS MEROYAN BERANI MATI MENGHINA DAN MENGUTUK PASUKAN SELANGOR



Read more…

Punca Sebenar Dato Sri Vida Mengamuk Dihujung Konsert Gegar Vaganza Malam Tadi

Mesti ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan Gegar Vaganza malam tadi bukan? Dan seperti yang ramai tahu pemenang yang sudah dijangkakan adalah Siti Nordiana, namun begitu ramai yang tidak percaya apabila Dato' Sri Vida bertindak luar jangkaan seolah-olah mengamuk untuk mempromosikan produknya. Namun begitu, itu adalah cuma kelakuan biasanya yang sebegitu, mungkin juga itu adalah teknik pemasaran beliau... Tahniah diucapkan!!

Read more…

‘Tolong Jangan Beritahu Isteri Saya, Dia Tengah Sarat Mengandung !’

Gambar Hiasan 

Melaka: “Tolong jangan hubungi isteri saya encik, dia sarat mengandung dan ada tiga anak untuk dijaga, susah untuk dia datang ke sini (balai polis),” rayu seorang penjawat awam yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam perlumbaan kereta haram di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA), di sini, awal pagi semalam.

Dalam operasi kira-kira jam 3.30 pagi, penjawat awam berusia 30 tahun itu antara dua yang ditahan ketika baru menamatkan tiga pusingan perlumbaan haram menggunakan laluan itu sebagai litar.

Dia dan seorang lagi yang ditahan ialah pekerja sebuah kilang di Batu Berendam, berusia 23 tahun kemudian di bawa ke Balai Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, untuk siasatan lanjut.

Menurut sumber, dua lelaki itu ditahan di stesen minyak Petronas Krubong, sejurus menamatkan pusingan perlumbaan, namun ketika dihampiri anggota polis mereka berlagak selamba bagi mengelak ditahan.

“Namun, wajah kedua-duanya berubah dan menjadi kelam kabut sambil mempersoalkan sebab mengapa mereka ditahan selain berlakon seolah-olah tidak melakukan kesalahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan dalam Op Samseng Jalanan oleh Cawangan Trafik IPD Melaka Tengah dengan kekuatan seorang pegawai dan enam anggota, bermula 11 malam hingga 4 pagi.

“Mengikut maklumat yang kami terima, 30 hingga 40 kereta pelbagai jenis terbabit dalam lumba haram di beberapa jalan di daerah ini dan sebelum dua suspek terbabit ditahan, kami mendapat maklumat tiga kereta sedang berlumba di Lebuh SPA.

“Pusingan perlumbaan bermula dari Stesen Minyak Petronas ke persimpangan lampu isyarat Stadium Hang Jebat dan berpatah balik ke stesen minyak terbabit.

“Dua suspek ini bersama seorang lagi yang meloloskan diri memandu dalam keadaan berbahaya iaitu berlumba pada jarak kira-kira dua kilometer yang diulang beberapa pusingan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, dua suspek terbabit adalah antara kumpulan yang sering berlumba kereta di beberapa lokasi di sekitar Auto City, Lebuh SPA, Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Cheng serta Lebuh AMJ berhampiran Melaka Sentral.

Menurutnya, kedua-dua pemandu itu memandu secara melulu dan tindakan itu boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutamanya penunggang motosikal.

“Difahamkan mereka tidak bertaruh wang tapi bertaruh ego dan bangga dengan kelajuan kereta yang sudah diubahsuai,” katanya.

Shaikh Abdul Adzis berkata, kedua-dua pemandu itu ditahan direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga lima tahun dan denda minimum RM5,000 hingga RM15,000.

“Dua kereta iaitu Proton Saga BLM dan Proton Wira yang dipandu suspek ketika berlumba akan dihantar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi melakukan pemeriksaan enjin,” katanya.

Sementara itu tinjauan Harian Metro mendapati, puluhan kereta diparkir di tepi jalan di Lebuh SPA dipercayai menunggu giliran dan ramai juga datang untuk menyaksikan perlumbaan haram itu.
PENJAWAT awam (dua dari kiri) dicekup selepas beraksi dalam lumba haram.

Read more…

Tuesday 1 December 2015

Luahan Dina Nadzir Mengenai Pak Yus Ini Membuatkan Ramai Yang Menitis Air Mata

Gambar ni Pak Yus yg amik pastu share kat group. Memang la sebelom ni, kita bertegur pun tidak. Tp masa hari pertama Juara Parodi, Pak Yus adalah orang yg pertama skali tegur Dina.

Pastu kita mula rapat sebab Dina selalu menyibuk bila Kobis Pedas nak bermeeting. Sebab suka lepak ngan korang. Dah jadi rapat pulak. Pastu Pak Yus suka usik Dina panggil "baby" atau "b".

Dina tahu Dina org last yg Pak Yus follow kat instagram. Rupa2 nya, memang the very last ever.

Tp Dina harap Pak Yus tahu yang Dina sayang sangat kat Pak Yus, kagum sangat dengan bakat Pak Yus, dan senang sangat berkawan ngan Pak Yus.

Moga Pak Yus tenang di sana, dan Moga ALLAH tempatkan Pak Yus bersama hamba2NYA yang beriman. Amin.

Pak Yus.. Dina, Kak Misha, Kak Mimie, Nad and especially Tauke akan rindu Pak Yus sgt2.
Al-Fatihah.

Dipetik Dari Facebook Dina Nadzir

Read more…

Monday 30 November 2015

TERKINI!! Hutang Negara Malaysia Pada Tahun 2015 Terus Naik

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statistik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia 2015 terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.
 
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang. 

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untuk menanggung. 

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia. 

PP/S : Ketika rakyat marhaen disaran perlu berjimat dan mengikat perut bila perlu, kerajaan Malaysia pun sepatutnya menunjukkan tauladan dan contoh yang terbaik kepada yang di bawah.


Sumber - Berita Semasa 

Read more…